Now Reading
[Video] Mat Saleh ‘Complain’ Rakyat Malaysia Tak Ramah & Kurang Senyum

[Video] Mat Saleh ‘Complain’ Rakyat Malaysia Tak Ramah & Kurang Senyum

Dia turut membandingkan rakyat Malaysia dengan Thailand iaitu tempat tinggalnya, mengatakan dia menerima perhatian yang lebih ketika berada di sana dan rakyat Thailand juga suka memberikan senyuman kepadanya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kebiasaannya, pelancong asing akan berkongsikan pengalaman manis mereka ketika berkunjung ke Malaysia. Tak kira negeri mana yang mereka lawati, apabila berbicara bab makanan dan juga rakyat Malaysia, pasti akan menerima pujian.

Mana tidaknya, Malaysia yang terkenal dengan budaya serta sejarah ini sememangnya boleh dipelajari oleh orang ramai termasuklah pelancong asing.

Gambar sekadar hiasan.

Kalau bab makanan, tak usah cakaplah. Memang pelbagai.

Rakyat Malaysia Sangat Friendly Sebenarnya 🙂

Tahun lepas, menerusi perkongsian dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (@luxentX), pasangan YouTuber Jay dan Jon menceritakan pengalaman mereka di Malaysia yang tidak dapat dilupakan.

Menurutnya, dia gemar melihat video pelancong berkunjung ke Malaysia.

Salah satu video yang ditonton adalah pasangan yang menaiki kereta api ke Kelantan dan terharu apabila dipertemukan dengan ramai individu yang baik.

Sikap baik hati rakyat Malaysia membuatkan kami cukup terpukau. Walaupun kami hanya berborak sekejap sahaja dan masih belum mengenali antara satu sama lain, tetapi mereka sudah memberikan kami makanan. Saya cukup terharu betapa baiknya sikap rakyat Malaysia.

YouTuber Bucket List Travellers.

Baca Artikel Berkaitan: Pelancong Menangis Terharu Kerana Jumpa Ramai Rakyat Malaysia Yang Baik Hati

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pelancong Amerika Teruja Dapat Jumpa Agong Di Tempat Awam Ketika Bercuti Di Cameron Highlands


Video Viral Individu Luah Rakyat Malaysia Kurang Peramah & Tak Suka Senyum

Namun dalam setiap kenangan manis yang dirasai oleh majoriti pelancong asing ketika bercuti di Malaysia, ada juga segelintir turut meluahkan rasa ketidakpuasan hati selama keberadaan mereka di negara ini.

Sebagai contoh, baru-baru ini seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Max Petrovsckii telah meluahkan perasaannya tentang rakyat Malaysia. Video berkenaan dimuat naik menerusi akaun miliknya @marilyn_ruv di mana dia menjelaskan bahawa rakyat Malaysia “kurang senyum antara satu sama lain”.

Bandingkan Rakyat Malaysia Dengan Rakyat Thailand

Dia turut membandingkan rakyat Malaysia dengan Thailand iaitu tempat tinggalnya, mengatakan dia menerima perhatian yang lebih ketika berada di sana dan rakyat Thailand juga suka memberikan senyuman kepadanya.

Untuk rekod, meskipun video yang dimuat naik adalah dalam Bahasa Inggeris, namun apa cuba disampaikan olehnya sememangnya amat sukar untuk difahami.

@marilyn_ruv Not really anything bad, just feel like that, generally country so really nice and beautifel #travel #fyp #foryou #foryoupage ♬ original sound – Marilyn_ruv

Hmm. Respond rakyat Malaysia?

Video tersebut menjadi semakin tular apabila rata-rata rakyat Malaysia tampil dengan perasaan yang kurang senang mengenai video berkenaan.

Malah, ada segelintir yang bertanyakan apa yang dia mahu dari rakyat Malaysia?

Manakala, ada juga yang lain bertanya kepada Max siapa dia sebenarnya dan jika dia hanya mahu perhatian? Salah seorang warganet berkata bahawa dia sepatutnya mendapat perhatian dari ibu bapanya daripada mengharapkan dari orang asing.

Ada juga yang meninggalkan komen positif menyatakan bahawa rakyat Malaysia sememangnya memiliki sifat pemalu. Namun, komen tersebut dibalas oleh Marilyn di mana dia menjelaskan telah senyum kepada mereka terlebih dahulu namun tidak disenyum kembali.

Dia juga menyatakan rakyat Malaysia seolah-olah membenci dirinya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd