Now Reading
[Video] Aksi Orang Awam Buat ‘Boomerang’ Manual Di Tengah Bandar KL Bikin Ramai Tertanya. Apa Tujuannya?

[Video] Aksi Orang Awam Buat ‘Boomerang’ Manual Di Tengah Bandar KL Bikin Ramai Tertanya. Apa Tujuannya?

Aksi sekumpulan orang awam yang bergerak dalam posisi sama itu dipercayai kerana sedang merakam sebuah filem.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila sebut sahaja Kuala Lumpur, sudah pasti ramai di antara anda akan terfikir tentang kawasan yang sibuk.

Bukan sahaja kesesakan trafik, malah ibu kota itu juga menjadi tumpuan orang ramai seluruh negara untuk membeli-belah dan berjalan bersama kenalan rapat.

Namun begitu, lain pula yang terjadi apabila orang awam menyedari perbuatan aneh segelintir masyarakat di tengah bandar.

Baca Artikel Berkaitan: “Nak Nangis Tiap Hari Macam Ni” – Orang Ramai Luah Rasa Penat Hadap Trafik Di Bandar KL & Selangor


Sekumpulan Individu Buat Boomerang Manual Di Tengah Jalan Raya

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@eymnl_), menyaksikan situasi bandar yang sibuk sekitar Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, perkara yang mencuri perhatian ramai adalah apabila sekumpulan individu termasuklah golongan lelaki dan wanita sedang melakukan aksi pelik di tengah-tengah jalan raya.

Pada awal klip video tersebut, sekumpulan individu itu dilihat melakukan hal masing-masing dan berjalan seperti biasa.

Sumber: TikTok (@eymnl_)

Namun beberapa ketika selepas itu, mereka secara tiba-tiba bergerak ke belakang dan ke depan dengan posisi yang sama berulang kali bagaikan video Boomerang.

Beberapa saat kemudian, mereka kelihatan seperti normal semula dan meneruskan hal mereka seolah-olah tiada apa yang telah berlaku.

Perkongsian berdurasi 13 saat itu telah mendapat tumpuan orang ramai dengan jumlah tontonan melebihi 1.8 juta setakat artikel ini ditulis.

@eymnl_

♬ original sound – Farayang 💋

Netizen Terhibur Dengan Aksi Bersahaja Sekumpulan Orang Awam

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat aksi yang dikatakan agak pelik itu.

“Sampai ke realiti (gangguan) bug dia,” ujar seorang warganet.

Malah ada juga yang mengaitkan situasi tersebut dengan trend Manequin Challenge yang tular pada tahun 2016.

“Ada lagi ke Manequin Challenge? Ingatkan aku je pernah buat dulu,” kata seorang wanita.

Sementara itu, ramai juga tertanya-tanya apakah sebenarnya yang dilakukan oleh sekumpulan orang awam berkenaan.

Sumber: TikTok (@eymnl_)

Aksi ‘Glitch’ Dipercayai Untuk Penggambaran Filem

Menurut seorang wanita dikenali sebagai Shela, kumpulan berkenaan sedang melakukan penggambaran sebuah filem yang akan ditayangkan dalam wayang.

Wanita itu turut menegaskan bahawa kelakukan yang dikatakan pelik itu bukan disebabkan oleh satu trend TikTok.

Perkara tersebut juga menjelaskan mengapa orang awam tidak boleh sesuka hati lalu atau berjalan di set berkenaan.

Sumber: TikTok (@eymnl_)

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd