Now Reading
“Nak Nangis Tiap Hari Macam Ni” – Orang Ramai Luah Rasa Penat Hadap Trafik Di Bandar KL & Selangor

“Nak Nangis Tiap Hari Macam Ni” – Orang Ramai Luah Rasa Penat Hadap Trafik Di Bandar KL & Selangor

Seorang lelaki dikenali sebagai Yon berkata, dia sehingga terfikir untuk berhenti kerja kerana berasa penat menghadap kesesakan trafik setiap hari.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila sebut sahaja Selangor atau Kuala Lumpur pastu ramai di antara kita akan terfikir tentang keadaan trafik yang sesak sepanjang hari.

Memetik Astro Awani, data yang dikeluarkan oleh TomTom Traffic Index edisi ke-13 menunjukkan Malaysia tersenarai antara negara dengan masalah kesesakan terburuk di dunia iaitu ditangga ke-169.

Kesesakan trafik itu berkemungkinan kerana ramai di kalangan masyarakat menetap sekitar ibu kota kerana lokasi pekerjaan masing-masing yang lebih dekat.


Lelaki Luah Rasa Penat Terpaksa Hadap Jammed Setiap Hari

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @Amrlamnnn) apabila lelaki dikenali sebagai Yon meluahkan rasa penat serta letih untuk menghadap kesesakan jalan raya pada setiap hari di kawasan bandar.

Jelas Yon, dia tidak dapat menjangka berapa lama lagi dirinya harus bertahan dengan keadaan sebegitu.

Oleh disebabkan terlalu tertekan dengan perkara tersebut, lelaki berkenaan berkata dia terfikir untuk berhenti pekerjaan sedia ada dan berniaga di kampung halaman.

Hal ini berkemungkinan kerana trafik di kampungnya kurang sesak dan jumlah penduduk yang lebih sedikit.

Aku tak tau sampai bila aku boleh tahan hadap benda ni setiap hari. At this point rasa nak berhenti kerja, meniaga je lah apa-apa depan rumah atau balik je lah kampung.

Yon.

Netizen Turut Luah Rasa Letih Gara-gara Kesesakan Trafik

Menjengah ke ruangan balas, ramai di kalangan netizen turut meluahkan perkara sama di mana mereka berasa letih dengan trafik jammed di bandar.

“Entahlah saya pun tak tahu macam mana boleh hadap jammed hari-hari pergi kerja. Kadangkala, rasa macam bod*h pun ada buang masa dekat traffic jammed,” kata seorang wanita.

Malah ada juga netizen berkongsi kisahnya di mana dia berhenti kerja di bandar disebabkan situasi tersebut.

“Aku dah stop semua ni tahun lepas. Alhamdulillah rezeki tu luas. Meniaga, sambil-sambil tu buat lesen kontrak, kalau dapat cabut undi tu maknanya rezeki,” ujar seorang lelaki.

Sumber: X

Adakah Perkhidmatan Pengangkutan Awam Dapat Selesaikan Masalah?

Sementara itu, ada juga segelintir pengguna X menyarankan Yon untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk perjalanan yang lebih mudah dan jimat.

“Bang, saya sarankan rajin-rajin naik public transport. Sebab itu (trafik sesak) ramai naik public transport dari kereta. Ada My50 (sebulan) untuk tambang. Pergi mana-mana naik My50 (sekitar Kuala Lumpur),” jelas seorang individu.

Sumber: X

Bagaimanapun, adakah penggunaan pengangkutan awam secara berterusan dapat mengelakkan masalah tersebut?

Seperti yang dikongsi oleh seorang pengguna X (@adilrafxxl), kelihatan sebuah tren MRT dipenuhi dengan sejumlah penumpang yang sangat ramai. Memang tiada jarak langsung antara seorang individu dengan individu yang lain.

Sumber: X (@adilrafxxl)

Lelaki dikenali sebagai Rafael berkata, dia berasa penat untuk menghadap perkara sama berulang kali.

Aku pun tak tahu sampai bila aku boleh tahan hadap dengan benda benda macam ni. Rasa penat. Rasa tak ada semangat pergi dan balik kerja.

Rafael.

Menurut pengalaman penulis sendiri, menggunakan perkhidmatan KTM juga agak memenatkan kerana jarak masa antara tren mengambil masa yang lama. Kadangkala tempoh masa menunggu boleh mencecah lebih dari satu jam.

Baca Artikel Berkaitan: “Tren Tiba-tiba Berhenti” – Penumpang KTM Dakwa Kena ‘Sidai’ Hampir 1 Jam, Mohon Anthony Loke Ambil Tindakan


Sebab Jalan Raya Menjadi Sesak Di KL

Penyelidik dari Universiti Utara Malaysia (UUM) sebelum ini telah menjalankan satu kajian mengenai masalah pengangkutan bandar di Kuala Lumpur.

Mereka mendapati bahawa banyak jalan utama menghala ke arah pusat bandar menjadi sesak, terutamanya ketika waktu puncak disebabkan oleh penggunaan kenderaan persendirian yang banyak dan ketidakcekapan pengangkutan awam.

Sumber: Malay Mail

Selain itu, kekurangan tempat meletak kenderaan yang menyebabkan kereta diparkir di tepi jalan turut menyebabkan kesesakan.

Menurut AUTO.MY, terdapat beberapa keadaan lain lagi yang menyebabkan kesesakan jalan raya termasuk kemalangan dan banjir, kenderaan yang memotong barisan dan kewujudan plaza tol.

Baca Artikel Berkaitan: Benarkah Dakwaan ‘Traffic Jam’ Di KL Disebabkan Oleh Rumah Warga Asing?

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Trafik Sesak 3 Jam Di Tapah, Pengguna Jalan Raya Lepak Luar Kereta. Santai Ya!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd