Now Reading
Lelaki Ini Kongsi Lokasi ‘Dump’ Barang Tak Terpakai & Boleh Dapat Duit Semula

Lelaki Ini Kongsi Lokasi ‘Dump’ Barang Tak Terpakai & Boleh Dapat Duit Semula

Proses untuk buang barang di Pusat Kitar Semula ini sememangnya sangat mudah. Paling best, dibayar cash terus sejurus selesai.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Rumah kita, kalau tak dikemas serapi-rapinya pasti akan ada ‘harta karun’ yang sebenarnya sudah lama tidak dijumpai dan digunakan. Ada sahaja barangan ‘baharu’ yang akan ditemui ketika proses spring-cleaning.

Kadangkala, sampai tak ingat pernah memilikinya.

Sumber: Envato

Lelaki Ini Kongsi Tips Buang Barang Tak Terpakai Di Pusat Kitar Semula

Kalau sebelum ini, nak buang barang di Pusat Kitar Semula pasti ramai yang berat hati kan? Sebab kononnya barangan yang dimiliki itu mempunyai sentimental value. Tapi kalau sudah tidak dipakai, eloklah dibuang ataupun sedekah pada yang lebih memerlukan.

Sumber: Envato

Kalau tak, bilanya nak kosong dan kemas rumah kamu itu?

Seperti yang dilakukan baru-baru ini oleh seorang lelaki menerusi laman X (@ahmaadsafuan), dia dan isteri telah mengeluarkan segala barangan yang tidak digunakan lagi di rumah mereka dan membuat keputusan untuk membuangnya.

Lebih menarik, mereka menjumpai suatu lokasi yang orang ramai boleh ‘dump’ barang dan dapat pula duit.

Lokasinya, tak lain tak bukan: Pusat Kitar Semula Komuniti.

Safuan telah pergi ke cawangan di Presint 9, Putrajaya kerana dia dan isteri tinggal di Kajang. Jadi itu adalah kawasan paling dekat dengan rumahnya.


Cara Buang Barangan Lama Di Pusat Kitar Semula Untuk Dapat Cash

  • Bawa barangan yang anda ingin kitar semula.
  • Pihak Kitar Semula akan memaklumkan barangan apa yang akan dibayar dan barangan apa yang tidak akan dibayar. Ingat ya, tak semua barangan akan dibayar.
  • Selepas itu mereka akan timbang barangan tersebut.
  • Anda perlu ke kaunter bersama dengan kertas total yang diberikan oleh pihak mereka.
  • Anda akan menerima wang ringgit sejurus selesai.

Perlu diingatkan, wang yang anda terima tidaklah banyak.

Tapi memadai daripada anda simpan barangan lama dan kumpul habuk di rumah.


Hoarding Disorder

Jika anda terasa berat hati dan terlalu sayangkan barangan lama yang ada di rumah ketika ini, anda kemungkinan mengalami Hoarding Disorder.

Hoarding Disorder ini merujuk kepada tingkah laku suka menyimpan barang, terlalu tinggi kenilaian terhadap sesuatu barangan dan sukar untuk membuangnya walaupun sudah rosak atau berusia bertahun-tahun.

Sumber: Envato

Tabiat ini juga boleh menjadi petanda bahawa seseorang mengalami masalah mental.

“Barang yang ada tu simpan, takut nanti nak guna”.

Begitulah ayat paling biasa didengari oleh ramai orang.

Punca Seseorang Alami Hoarding Disorder

Rata-rata individu yang mengalami masalah Hoarding Disorder ini berpunca daripada beberapa sebab:

  • Percaya bahawa barang-barang tersebut akan diperlukan pada masa akan datang.
  • Menganggap setiap barangan mempunyai nilai sentimental yang sangat bermakna.
  • Berasa lebih selamat apabila dikelilingi oleh barangan yang disimpan.
  • Tidak mahu membazir.
  • Peristiwa kehidupan yang menimbulkan stres melampau.

BACA JUGA: Wanita Alami ‘Hoarding Disorder’ Menangis Tak Mahu Barang Dibuang


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd