Now Reading
Tular Isu Tudung Bentuk L, Wanita Ini Perjelas Beza Copyright, Trademark & Patent

Tular Isu Tudung Bentuk L, Wanita Ini Perjelas Beza Copyright, Trademark & Patent

Dr Aen Saari berkata terma copyright tidak boleh digunakan kepada barangan fesyen kerana hanya terpakai untuk karya seperti muzik, filem, seni dan sebagainya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak kebelakangan ini, netizen di media sosial sedang hangat memperbahaskan isu seorang pemilik jenama tudung yang telah dikatakan meletakkan hak cipta (copyright) tudung jenis bawalshawl bebentuk L menjadi miliknya.

Pemilik perniagaan itu juga mendakwa mana-mana pihak yang menjual tudung bawalshawl berbentuk sama seperti jenamanya itu boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Kenyataan yang dikeluarkan itu membuatkan sesetengah peniaga tudung agak keliru dengan terma ‘copyright’ seperti yang dikatakan.


Ini Perbezaan Antara Terma Copyright, Patent Dan Trademark

Sumber: FindLaw

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@draensaari), seorang pemilik perniagaan produk penjagaan wajah dikenali sebagai Dr Aen Saari peka dengan isu yang berlaku dan telah tampil memberi penjelasan mengenai perbezaan beberapa terma seperti copyright, patent dan trademark.

Copyright
Sumber: Red Points

Jelasnya, copyright tidak boleh digunakan kepada barangan fesyen kerana terma ini hanya terpakai untuk karya-karya seperti:

  • Rakaman suara
  • Filem
  • Muzik
  • Seni
  • Siaran
  • Karya terbitan
  • Sastera

Perkara ini juga boleh dirujuk dalam laman web rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Patent
Sumber: Med Tech Innovation

Dr Aen juga memberitahu bahawa pihak yang bercadang untuk meletakkan copyright pada inovasi baharu mereka itu tidak boleh berbuat demikian sekiranya produk sama sudah dijual dalam skala besar di pasaran.

Kalau you cipta invention yang baru, you tak boleh copyright tapi boleh patent kan benda tu. Tapi dengan syarat invention itu tak ada lagi di pasaran dan tidak dijual dalam berskala besar lagi.

Dr Aen Saari

Sebagai contoh sekiranya anda mahu patenkan reka bentuk tudung berbentuk M yang belum wujud di pasaran, ia boleh dilakukan dengan syarat tiada pihak yang mencabar (challenge) dengan reka bentuk lain melalui Public Challenge di MyIPO.

Kalau tak ada orang challenge ciptaan tudung i berbentuk M tu so maknanya i boleh patenkan dia. Patent ini dalam tempoh 10 tahun iaitu lima tahun dan lima tahun sahaja.

Dr Aen Saari
Trademark
Sumber: Alvarez Law Group

Sebagai pemilik perniagaan juga, Dr Aen memberitahu bahawa dia telah membuat tanda dagangan (trademark) pada logo dan perkataan jenamanya iaitu Alluskin bagi menjadikannya lebih eksklusif.

“Kalau macam I sendiri, I buat trademark. I buat trademark logo kepada Alluskin dan juga perkataan Alluskin tu sebab I nak jaga brand exclusivity,” ujar Dr Aen.

Tambahnya lagi, tindakan yang dilakukan itu akan menyekat mana-mana pihak yang ingin menggunakan logo Alluskin bagi penghasilkan produk mereka sendiri.


Kesimpulan

Untuk memudahkan anda lebih faham dengan terma-terma di atas, berikut adalah ringkasan yang lebih mudah:

  • Hak cipta (copyright): Menghalang mana-mana pihak mencuri hasil kerja berbentuk muzik, seni, siaran dan juga filem.
  • Tanda dagangan (trademark): Menjaga hak eksklusif logo dan nama.
  • Paten (patent): Menghalang mana-mana pihak yang mahu meniru ciptaan inovasi anda.
@draensaari

Let’s bebel! Boleh ke copyright bentuk tudung L? I hope that lawyer pihak dia boleh bagi penjelasan. #draenshares #aenshares #aenbebel #copyright #bawalshawl #tudungL

♬ Meadow, acoustic, pop, refreshing(956998) – zomap

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd