Now Reading
Macam Mana Boleh Wujudnya Tahun Lompat? Ini Fakta Yang Ramai Tak Tahu

Macam Mana Boleh Wujudnya Tahun Lompat? Ini Fakta Yang Ramai Tak Tahu

Bumi sebenarnya mengelilingi matahari dengan lengkap selama 365 hari 5 jam 48 minit dan 56 saat dalam tempoh setahun.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tahun 2024 adalah salah satu tahun istimewa kerana mempunyai tarikh tambahan yang jarang ditemui iaitu 29 Februari.

Terdapat tempoh tambahan masa 24 jam dalam kalendar tahunan untuk mencukupkan pergerakan bumi mengelilingi matahari.

Tarikh ini hanya akan wujud pada setiap tahun lompat yang mempunyai jumlah 366 hari pada tahun berkenaan. Jadi, siapa yang lahir pada tarikh ini memang ‘rare’ betul.


Sejarah Tahun Lompat

Mengikut sumber Sinar Bestari, tahun lompat ini dipercayai pertama kali berlaku ketika zaman pemerintahan Raja Rom Julius Caesar sekitar tahun 45 BC di mana masyarakat pada waktu itu menggunakan sistem kalendar 355 hari.

Dalam sistem tersebut, mereka telah menambah satu bulan tambahan yang mempunyai 22 atau 23 hari pada setiap dua tahun bagi memastikan perayaan jatuh pada hari yang sama setiap tahun.

Namun selepas pengiraan dilakukan oleh Julius dan pakar astronomi, mereka kemudiannya telah mencipta kalendar 365 hari dengan penambahan satu hari dalam bulan Februari bagi tahun keempat.

Gambar sekadar hiasan.

Bagaimana Terhasilnya Satu Tarikh Tambahan Pada Bulan Februari?

Mesti ramai yang terfikir macam mana boleh wujudnya tahun lompat ini?

Untuk pengetahuan anda, bumi sebenarnya mengelilingi matahari dengan lengkap selama 365 hari 6 jam dalam tempoh setahun.

Jika dikira mengikut tempoh yang tepat, ia adalah 365 hari 5 jam 48 minit dan 56 saat.

Tetapi bagi memudahkan pengiraan tahun, tempoh 6 jam itu dibuang dan digantikan dengan menambah satu hari sebagai tambahan pada setiap tempoh empat tahun.

Pengiraan tersebut adalah seperti berikut:

6 jam didarabkan dengan 4 (yang merujuk kepada tahun) akan memberi persamaan kepada 24 jam iaitu genap waktu untuk tempoh satu hari.

Gambar sekadar hiasan.

Tapi Kenapa Hari Tambahan Itu Pada Bulan Februari Dan Bukan Bulan Yang Lain?

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@sinar_my), penyampai radio Sinar FM iaitu Jep Sepahtu telah bertanya kepada Pegawai Penyelidik Agensi Angkasa Malaysia Zahira Mohd Radzi tentang mengapa tarikh tambahan itu jatuh pada bulan Februari.

Jelasnya, perkara itu dikaitkan dengan tempoh bumi mengelilingi buruj-buruj di langit ketika membuat pusingan di sekeliling matahari.

Bila bumi mengelilingi matahari, planet itu akan juga mengelilingi buruj-buruj yang berada di langit. Jadi tempoh masa untuk melalui buruj bulan Februari itu adalah 28 atau 29 hari manakala yang lain pula dalam tempoh 30 atau 31 hari. Sebab itulah ia tidak diletakkan pada bulan yang lain.

Pegawai Penyelidik Agensi Angkasa Malaysia Zahira Mohd Radzi.
@sinar_my

Inilah sebabnya kenapa hari tambahan tu jatuh pada bulan Februari. Sebab Bumi melalui buruj pada bulan Februari #PagiDiSINAR #29Februari #tahunlompat #leapyear #fypã‚· #fyp

♬ original sound – SINAR – SINAR

Kadar Kelahiran Pada Tarikh 29 Februari 2024

Tarikh yang ini unik dan hanya ditemui pada setiap empat tahun telah menjadikan 19,026 rakyat Malaysia sebagai insan yang bertuah.

Memetik sumber Harian Metro, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merekodkan jumlah berkenaan dalam kalangan rakyat Malaysia sejak tahun 1912 sehingga tahun 2020.

Dari segi pengiraan umur, individu yang lahir pada 29 Februari akan dikira peningkatan umur mereka ketika tarikh 1 Mac tahun biasa.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd