Now Reading
“Trauma Budak Tu” – [Video] Ibu Bapa Dikecam Bawa Anak Kecil Makan Di Kafe Tema Hantu

“Trauma Budak Tu” – [Video] Ibu Bapa Dikecam Bawa Anak Kecil Makan Di Kafe Tema Hantu

Niat mereka untuk menjamu selera dengan tenang mula berubah apabila pekerja yang memakai kostum hantu menghampiri anak-anak kecil sehingga menyebabkan mereka menjerit ketakutan dan menangis.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Zaman sekarang ini terdapat pelbagai jenis kafe yang cuba untuk menjadikan perniagaan mereka viral dan mendapat sambutan dari orang ramai.

Sebagai contoh, sebuah kafe mewujudkan kedai makan berkonsepkan suasana seram dengan persekitaran yang gelap dan dikelilingi dengan pekerja mereka yang memakai kostum hantu.

Bagi penggemar filem seram, mungkin lokasi ini ‘kena’ dengan minat anda. Tetapi bukan semua orang ya sesuai untuk ke kedai makan ini.


Kanak-kanak Meraung Di Kafe Bertemakan Hantu

Terbaharu, tular sebuah video di mana sebuah keluarga bersama anak kecil sedang menjamu selera dipercayai di sebuah kafe bertemakan konsep seram itu.

Namun niat mereka untuk menikmati hidangan dengan tenang mula berubah apabila pekerja yang memakai kostum hantu menghampiri anak-anak kecil sehingga menyebabkan mereka menjerit ketakutan dan menangis.

Susulan itu, si ibu terus memeluk mereka dan dilihat memberi isyarat untuk tidak menganggu lagi anak-anaknya.

Pekerja yang memakai kostum hantu tersebut kemudiannya memahami isyarat yang diberikan dan mula menjauhkan diri daripada meja makan pelanggan berkenaan.


Netizen Beri Pelbagai Reaksi Selepas Lihat Situasi Yang Berlaku

Rata-rata netizen di ruangan komen memberikan reaksi yang kurang senang selepas melihat keadaan dua orang anak kecil itu yang menangis ketakutan sebaik dihampiri oleh kostum menyeramkan.

Netizen beranggapan ibu bapa kepada kanak-kanak berkenaan tidak sepatutnya membawa anak mereka ke kedai makan tersebut sekiranya mengetahui mereka seorang yang kurang berani.

“Dah tahu anak tu penakut lagi bawa tempat makan macam ni,” kata netizen.

Ada juga netizen yang menyalahkan pekerja tersebut kerana dikatakan sengaja mahu mengusik kanak-kanak yang ketakutan itu.

Namun, sesetengah netizen pula berkata pekerja terbabit tidak bersalah kerana hanya melakukan tugasnya.

“Kenapa nak marah hantu tu? Itu kerja dia,” ujar netizen.

Sumber: Twitter

Sebagai ibu bapa, seelok-seeloknya elakkan dari membawa anak kecil ke tempat yang boleh menyebabkan mereka berasa ketakutan kerana bimbang boleh mengakibatkan trauma dalam diri.

Kalau nak pergi juga, boleh bagitahu anak siap-siap tentang situasi sebenar yang akan berlaku di sana.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd