Now Reading
Letak iPhone Dalam Freezer Hingga Terlupa, Gelagat Lelaki Ini Buat Netizen Berdekah

Letak iPhone Dalam Freezer Hingga Terlupa, Gelagat Lelaki Ini Buat Netizen Berdekah

Menurut lelaki dikenali sebagai Hakimi, dia pada asalnya berniat untuk meletakkan iPhone XS ke dalam peti sejuk beku kerana mahu menghilangkan haba telefon.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Aspek penjagaan telefon perlulah dititik beratkan oleh golongan masyarakat sekiranya mahu peranti itu tahan dalam masa yang lama.

Antara masalah yang sering dihadapi oleh orang ramai melibatkan telefon bimbit adalah panas atau overheating. Perkara tersebut boleh berlaku disebabkan penggunaan gajet secara kerap atau data yang disimpan terlalu ‘berat’.


iPhone XS Beku Lepas Ditinggalkan Dalam Freezer

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@ahmxdhakimi_), apabila seorang lelaki dikenali sebagai Hakimi berkongsi kisah telefon model iPhone XS miliknya menjadi beku.

Pada awalnya, Hakimi berkata dia membuat keputusan untuk meletakkan telefon buat sementara waktu ke dalam bahagian sejuk beku pada peti ais kerana mahu menghilangkan haba akibat ‘overheating’.

Namun lain pula yang jadi apabila telefonnya bertukar beku selepas Hakimi terlupa tentang keberadaan gajetnya itu. Jelas Hakimi, dia telah mencari telefonnya dalam tempoh masa 2 jam sebelum menyedari ia telah sejuk dan membeku.

Aku pergi main game Mobile Legend sampai 2 jam. Cari (telefon) sekeliling rumah tak jumpa, lepas itu baru ingat ada dalam freezer.

Ahmad Hakimi.

Telefon Hakimi Masih Befungsi

Menerusi satu lagi hantaran yang dimuat naik oleh Hakimi, lelaki itu menjelaskan bahawa telefon miliknya berada dalam keadaan baik dan masih berfungsi seperti sedia kala.

Perkara yang boleh disimpulkan oleh Hakimi di penghujung perkongsian adalah model iPhone XS sememangnya sebuah telefon yang tahan lasak.

iPhone XS ni memang tahan la. Jatuh pun elok, beku pun elok.

Ahmad Hakimi.
Sumber: TikTok (@ahmxdhakimi_)

Netizen Terhibur Dengan Aksi Hakimi Bekukan Telefon

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat terhibur dengan aksi spontan Hakimi yang membekukan telefon miliknya.

“Aku paling-paling letak dalam chiller je, kau sampai freezer ya,” ujar seorang wanita.

Sumber: TikTok

Ada juga individu dilihat berjenaka dengan Hakimi yang telah membekukan telefonnya tanpa sengaja.

“Kalau dah sejuk sangat tu bang, masuk (telefon) dalam oven,” kata seorang netizen.

Sumber: TikTok

Sementara itu, seorang pengguna laman TikTok sempat berkongsi tips yang boleh dicuba oleh orang ramai untuk menyejukkan telefon panas dengan cara mudah.

“Telefon panas letak je dekat lantai marmar. Lantai yang berjubin marmar sifatnya menyerap haba. Letak telefon panas atas lantai sekejap je sejuk balik,” jelas seorang warganet.

Sumber: TikTok

Tips Elak Peranti Telefon ‘Overheating’

Buat anda yang sering mengalami masalah telefon panas, jangan pula anda masukkan dalam peti sejuk beku ya. Banyak lagi cara untuk mengatasi masalah tersebut.

Sumber: Compare and Recycle

Antara cara membendung masalah telefon overheating adalah:

  • Elak telefon terkena cahaya matahari.
  • Matikan aplikasi yang tidak digunakan.
  • Jangan naikkan kecerahan skrin telefon.
  • Buka ‘casing’ telefon.
  • Jangan gunakan telefon sewaktu sedang caj.
  • Jauhkan telefon daripada gajet yang lain.
  • Kemaskini aplikasi untuk tingkatkan kecekapan telefon.
Sumber: Freepik/Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Skrin iPhone Tiba-tiba Jadi Hijau, Putih Atau Kuning? Ini Apa Yang Anda Perlu Buat

Baca Artikel Berkaitan: Lebih Cepat & Jimat Kos, Apple Kini Benarkan Pengguna Baiki iPhone Sendiri

Baca Artikel Berkaitan: Tak Perlu Ke Kedai Foto, Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Gambar Pasport Di Rumah Untuk Pengguna iPhone


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd