Now Reading
FamilyMart Malaysia Perjelas Itochu Aviation Tamatkan MoU Dengan Syarikat Pertahanan Israel

FamilyMart Malaysia Perjelas Itochu Aviation Tamatkan MoU Dengan Syarikat Pertahanan Israel

FamilyMart Malaysia menegaskan bahawa mereka tidak menyokong keganasan atau pembunuhan, serta tidak menyumbang ataupun menderma bahkan berurusan dengan Israel.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hari ini (5 Februari), FamilyMart Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi menerusi media sosial rasmi mereka di Instagram @familymartmy di mana pihak mereka menjelaskan bahawa pada Mac 2023, Itochu Aviation (anak syarikat kepada Itochu Corporation) telah menandatangani Memorandom Persefahaman (MoU) dengan Nippon Aircraft Supply dan juga Elbit Systems.

Ia bertujuan untuk mengimport teknologi pertahanan ke Jepun atas dasar keselamatan negara Jepun.


MoU Ditamatkan

Walau bagaimanapun, FamilyMart Malaysia hari ini telah dimaklumkan bahawa Itochu Aviation akan menamatkan MoU tersebut.

“Keputusan ini dibuat bagi menyokong sokongan kerajaan Jepun terhadap perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (International Court of Justice) baru-baru ini yang termasuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza,” tulis kenyataan berkenaan.

Mengulas lanjut, FamilyMart Malaysia menegaskan bahawa pihak mereka tidak menyokong keganasan atau pembunuhan. FamilyMart Malaysia juga tidak menyumbang ataupun menderma bahkan berurusan dengan Israel.

Untuk info, Itochu bersama kumpulan syarikatnya memiliki 50.1 peratus saham FamilyMart pada akhir bulan Februari 2020. Syarikat berkenaan juga telah mengumumkan bahawa mereka akan mengambil alih pemilikan penuh FamilyMart dengan kos pembelian kira-kira 580 bilion yen atau 5.4 bilion dolar AS.


Rakyat Jepun Seru Boikot FamilyMart

Terdahulu, rakyat Jepun telahpun menggesa orang ramai untuk memboikot kedai FamilyMart. Ia disebabkan oleh pemegang saham terbesar syarikat itu adalah Itochu Corp yang dikatakan masih bekerjasama dengan Israel.

Malah, seruan untuk memboikot FamilyMart juga telah diadakan di hadapan ibu pejabat syarikat penerbangan Itochu itu sendiri di mana foto-foto demonstrasi telah dimuat naik di media sosial oleh rakyat Jepun sendiri.

Netizen Malaysia menerusi media sosial juga dilihat mula meluahkan hasrat mereka untuk memboikot kedai serbaneka berkenaan selepas mengetahui tentang pemegangan saham tersebut.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd