Now Reading
Murid Redah Becak & Hujan Lebat Demi Menuntut Ilmu Raih Simpati Orang Ramai

Murid Redah Becak & Hujan Lebat Demi Menuntut Ilmu Raih Simpati Orang Ramai

Beberapa orang murid SK Magandai, Kota Marudu terpaksa berjalan kaki dalam hujan lebat dan becak untuk ke sekolah selepas kereta dinaiki rosak ketika dalam perjalanan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak dinafikan, masih ramai lagi di kalangan murid yang menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan hanya untuk ke sekolah bagi menuntut ilmu.

Sebagai contoh, ada kes murid terlibat dengan dokumentasi kewarganegaraan, tidak mempunyai pakaian uniform dan ada masalah untuk ke sekolah akibat jalan raya yang rosak.

Baca Artikel Berkaitan: “Terima Kasih PM” – Bapa Lega Anak Boleh Kembali Ke Sekolah Lepas 1 Tahun Terlibat Masalah Kewarganegaraan


Murid Sekolah Jalan Kaki Dalam Hujan Lebat Untuk Ke Sekolah

Seperti baru-baru ini, tular satu hantaran oleh seorang guru dikenali sebagai Moniq Cfrndz apabila dia berkongsi kisah pilu dilalui oleh murid-muridnya sepanjang perjalanan mereka ke sekolah.

Jelas guru itu, beberapa orang murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Magandai, Kota Marudu, Sabah itu pada awalnya menaiki sebuah kereta bersama Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) untuk ke sekolah. Namun, nasib malang pula menimpa apabila kereta itu rosak akibat keadaan jalan yang teruk.

Oleh disebabkan itu, murid-murid berkenaan terpaksa meneruskan baki perjalanan dengan berjalan kaki sambil mengangkat barangan sekolah mengharungi jalan becak dalam keadaan hujan lebat.

Walau bagaimanapun, mereka gagal tiba ke destinasi dalam tempoh sehari dan terpaksa bermalam di sebuah pondok kebun penduduk Magandai sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan harinya, lapor Berita Harian.

Sumber: Facebook Moniq Cfrndz

Cikgu Sedih Lihat Murid Terpaksa Harungi Jalan Becak Untuk Ke Sekolah

Dalam perkongsian sama, Moniq meluahkan rasa hiba melihat anak muridnya yang terpaksa mengharungi perjalanan sukar semata-mata untuk menuntut ilmu di sekolah.

Sedih luluh hati tengok mereka berjalan jauh demi pergi ke sekolah. Semoga murid-murid ini diberkati dan tetap bersemangat untuk belajar serta rajin datang ke sekolah. Tidak boleh bayangkan kalau keadaan ini terjadi kepada anak-anak kita.

Moniq Cfrndz.

Sementara itu, guru tersebut turut berharap pihak berkuasa dapat memperbaiki satu-satunya jalan ke SK Magandai sejurus cuaca sudah kembali pulih agar orang ramai boleh menggunakan jalan berkenaan dengan selesa.


Reaksi Netizen Lihat Murid Yang Terpaksa Jalan Dalam Becak

Situasi dialami oleh murid-murid itu telah mendapat perhatian orang ramai khususnya di laman X. Ramai di kalangan warganet meluahkan rasa kecewa kerana perkara sebegitu masih lagi berlaku walapun sudah menjelang tahun 2024.

Sumber: X

Malah ada juga yang bersimpati dengan nasib anak kecil yang perlu berjalan kaki jauh dan berpenatan untuk tiba ke sekolah.

Sumber: X

Cakna tentang hantaran yang tular,  Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun memberikan maklum balas terhadap perkara itu.

Jelas beliau, jalan itu masih dalam fasa pembinaan iaitu sepanjang 40km daripada Kampung Tonding, Kota Marudu ke SK Magandai.

Berbicara tentang langkah diambil sementara menunggu jalan dibaik pulih, Masidi Manjun berkata beliau mencadangkan pihak sekolah untuk menyediakan asrama buat murid-murid yang tinggal jauh atau terpaksa berjalan kaki ke sekolah.

Sumber: X
Sumber: X

Isu Murid Sabah Sukar Ke Sekolah Berkait Rapat Dengan Masalah Infrastruktur

Kalau anda nak tahu, kes melibatkan kesusahan anak murid di Sabah untuk ke sekolah bukanlah pertama kali berlaku.

Seperti sebelum ini, sekumpulan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pinapak, Pitas yang berada di kawasan pedalaman terpaksa menaiki perahu kecil tanpa memakai jaket keselamatan untuk ke sekolah.

Jelas pihak berkuasa, kes berkenaan berkait rapat dengan masalah infrastruktur awam yang belum lengkap hingga menyebabkan murid terpaksa melalui pengalaman sebegitu untuk tiba ke sekolah.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan sejumlah 100,000 daripada 505,439 pelajar di negeri Sabah berdepan kesukaran apabila terpaksa menaiki perahu menyeberangi su­ngai, berjalan kaki hampir sejam termasuk meredah laluan tanah merah serta kawasan berbukit bukau untuk ke sekolah pada setiap hari.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd