Now Reading
‘Akak Deodorant’ UMS Menang Pilihan Raya MPP, Mula Agih Ubat Ketiak Mac Ini

‘Akak Deodorant’ UMS Menang Pilihan Raya MPP, Mula Agih Ubat Ketiak Mac Ini

Siti Nur Asyerra atau mesra disapa sebagai Ara memaklumkan dia telah didatangi beberapa penaja untuk melunaskan janjinya terhadap pemberian deodorant secara percuma.

manifesto deodorant

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terdahulu, tular di media sosial tentang seorang calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) bernama Siti Nur Asyerra yang mahu memberikan deodorant secara percuma sebagai manifesto.

Manifesto yang dicadangkan oleh pelajar Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan itu mendapat perhatian ramai netizen dan rata-ratanya memuji idea bernas yang ditampilkan bagi mengatasi masalah bau badan.

Selain itu, satu lagi manifesto yang diberikan adalah untuk memperkasakan sistem mentor-mantee di kalangan pelajar.

Baca Artikel Berkaitan: “Realistik & Mudah Dilaksanakan” – Manifesto Calon MPP Beri Deodorant Untuk Pelajar Badan Berbau Raih Pujian


Calon MPP Dengan Manifesto Deodorant Menang Dalam Pilihan Raya Kampus UMS

Dalam perkembangan terbaharu, Siti Nur Asyerra atau mesra disapa sebagai Ara telah berjaya meraih undi majoriti dan memenangi pilihan raya yang dipertandingkan.

Meskipun pada awalnya manifesto tersebut mendapat kecaman, namun Ara berjaya menewaskan empat pesaing lain dan membuktikan bahawa dia mampu untuk meraih kepercayaan pelajar di UMS.

Mula-mula saya pun teragak-agak sebab manifesto ni kedengaran lucu. Tetapi orang sekeliling sokong, saya teruskan juga. Sebab itulah saya gunakan tanda pagar #TidakLucuTapiFakta ketika berkempen.

Siti Nur Asyerra.

Memetik Kosmo, Ara menjelaskan bahawa idea manifesto untuk memberikan ubat ketiak secara percuma itu adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan rakan-rakannya yang berdepan dengan masalah ketiadaan air di kampus.

Sumber: Kosmo

Pengalaman saya dan kawan-kawan sepanjang tiga tahun kami di UMS, bekalan air sentiasa tidak mencukupi. Jadi kebanyakan waktu, pelajar perlu minta kelas ‘online’ atau sanggup hadir ke kelas fizikal tanpa mandi.

Siti Nur Asyerra.

Tambah Ara lagi, masalah air yang membelenggu pelajar UMS itu sedang cuba diselesaikan oleh pelbagai pihak, namun dia melihat pemberian deodorant ini sebagai penyelesaian kepada semua pelajar yang berasa kurang berkeyakinan dengan bau badan mereka.

Dalam pada itu, anak kelahiran Ranau, Sabah ini turut berkata dia telah didatangi beberapa penaja untuk melunaskan janjinya terhadap pemberian deodorant secara percuma dan bercadang untuk mula mengagihkannnya mulai Mac ini.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd