Now Reading
“Ramai Yang Tak Percaya” – Nama Baby Girl Ariffin Curi Perhatian Netizen

“Ramai Yang Tak Percaya” – Nama Baby Girl Ariffin Curi Perhatian Netizen

Menurut seorang peniaga wanita yang dikenali sebagai Baby Girl, nama diberi oleh ibu saudaranya itu membuatkan orang ramai tidak percaya bahawa ia merupakan panggilan sebenar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila bakal menimang cahaya mata, salah satu perkara yang menjadi keutamaan oleh ibu bapa adalah untuk memberikan nama kepada anak mereka.

Tetapi kalau anda lihat, sesetengah nama yang dipilih untuk anak zaman sekarang ini amat unik dan kreatif.

Seperti terdahulu, kecoh di media sosial apabila seorang gadis memiliki nama yang dianggap ‘luar daripada kotak’ iaitu Badjie Xatieqoutieqc Ibadallah.

Baca Artikel Berkaitan: Nama Penuh Gadis Ini Badjie Xatieqoutieqc Ibadallah. Cuba Sebut, Boleh?


Peniaga Wanita Mempunyai Nama Unik, Baby Girl Ariffin

Topik tentang nama unik sekali lagi menjadi perhatian apabila seorang pengguna Facebook Nina Othman, mendedahkan kisah seorang wanita yang memiliki nama Baby Girl Ariffin.

Menurut Nina, dia mulanya menyangkakan nama tersebut hanyalah nama glamour justeru tidak sesuai untuk digunakan dalam perniagaan namun dia terkejut selepas mengetahui ia adalah nama sebenar.

Sumber: Facebook Nina Othman

Memetik Harian Metro, Baby Girl Ariffin, 37, yang kini menetap di Taman Telipok Ria, Tuaran, Sabah mengakui ramai orang di luar sana menganggap bahawa namanya itu hanyalah gelaran untuk menarik perhatian sahaja.

“Ramai yang saya jumpa tak percaya. Mereka sangkakan ia nama glamour sedangkan itu adalah nama sebenar saya yang tertera di kad pengenalan,” katanya.


Nama Dipilih Oleh Ibu Saudara

Kalau anda nak tahu, nama yang unik itu bukanlah diberi oleh ibu bapa tetapi oleh ibu saudaranya.

“Saya pernah tanya mak cik kenapa beri nama itu kepada saya. Jawabnya, dia (ibu saudara) tidak tahu nak beri nama apa ketika itu, jadi dia pilih nama Baby Girl.

“Saya ada lima adik beradik, saya anak ketiga, namun hanya nama saya seorang sahaja lain daripada yang lain,” ujarnya.


Baby Girl Tak Pernah Diejek Hanya Kerana Nama

Sementara itu, Baby Girl menjelaskan bahawa dia tidak pernah berdepan dengan sebarang bentuk ejekan oleh mana-mana pihak hanya kerana namanya. Namun begitu, dia mengakui ramai yang terkejut setiap kali memperkenalkan dirinya kepada orang lain.

“Tak pernah pula kena ejek cuma mereka yang baru berjumpa saya akan terkejut dan bertanya semula untuk kepastian.

“Situasi itu biasanya berlaku selepas saya tulis atau beritahu nama untuk pendaftaran seperti di hospital dan urusan rasmi. Mungkin mereka ingat itu nama samaran, namun mereka akan percaya selepas saya tunjukkan kad pengenalan sebagai bukti,” jelasnya.

Dalam pada itu, Baby Girl berkata dia berasa selesa dengan nama diberi dan tidak pernah terfikir untuk membuat permohonan pertukaran nama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Saya okay sahaja kerana Baby Girl pun nama yang baik dan tidak membawa maksud buruk. Suami pun tak ada masalah dan dia panggil saya Baby.

“Anak saudara atau mereka yang lebih muda pula akan panggil ‘Aunty Baby’ atau Kakak Baby,” tambahnya lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Makhruh Hukum Letak Nama Anak Tanpa Makna, Kata UAI [Video]

Baca Artikel Berkaitan: 6 Nama Unik Bayi Sempena Covid-19


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd