Now Reading
Nama Penuh Gadis Ini Badjie Xatieqoutieqc Ibadallah. Cuba Sebut, Boleh?

Nama Penuh Gadis Ini Badjie Xatieqoutieqc Ibadallah. Cuba Sebut, Boleh?

Kami dah cuba sebut, failed.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Tidak dinafikan, zaman sekarang ini memang banyak nama-nama unik yang telah didaftarkan. Ada yang suka nama klasik, ada yang suka nama modern, malah ada juga yang suka nama unik.

Unik maksudnya, jarang digunakan.

Tapi masih mempunyai maksud di sebaliknya.

Jika anda masih mencari-cari nama untuk bakal cahaya mata, boleh lihat di sini. Mana tahu ada yang berkenan.

Dipanggil ‘Belle’ ingatkan ‘Nabila’ rupanya…

Baru-baru ini telah viral satu tweet di mana seorang pengguna Twitter @wayom_ telah memuat naik satu perkongsian menunjukkan nama sebenar rakannya yang boleh dikatakan paling unik pernah kami dengari.

Ejaan dan sebutan pun memang luar biasa.

Kalau nak tahu cara sebutan yang betul, boleh dengar sendiri empunya nama sebut:

Ha, korang boleh sebut dalam satu nafas?

Sering diejek

Badjie Xatieqoutieqc Ibadallah, 28, menjelaskan kepada Harian Metro bahawa memang sukar membesar dengan nama ini kerana kerap diejek namun lama-kelamaan dia belajar menerima dan menyukainya.

Badjie Xatieqoutieqc yang juga bekas pramugari Malaysia Airlines Bhd berkata, selain namanya sukar disebut, rata-rata yang mengetahui namanya juga sering mempersoalkan asal-usul nama itu.

7 adik-beradik diberi nama Badjie (……)

Mereka tujuh beradik diberi nama Badjie Xietaqieullah, Badjie Xbietaquauallah, Badjie Xatieqieullah, Badjie Xatieqoutieqc (dirinya), Badjie Xaebcourieyiean, Badjie Xieslammillatiena dan Badjie Xwattaquoallah.

Nama ‘Badjie’ adalah gabungan nama kedua orang tua saya sebagai menggantikan nama ‘Raden’ yang dulunya diwarisi turun temurun daripada nenek moyang kami (Jawa Sunda). Memang kedengaran pelik, tapi itulah pendirian bapa saya yang mempunyai cita rasa unik dalam memilih nama anak-anaknya agar lain daripada yang lain.

Badjie Xatieqoutieqc ketika dihubungi oleh Harian Metro.

Menurutnya, nama tujuh adik-beradiknya jika dibaca dengan betul sebenarnya membawa maksud bertakwa kepada Allah.

Bapa suka fikir luar kotak

Menurutnya, bapanya adalah seorang jurutera yang suka berfikir di luar kotak dalam suatu hal. Malah, dalam soal nama mereka, bapanya seolah-olah menggunakan ‘kod rahsia’ dalam menyuruh mereka adik-beradik agar sentiasa bertakwa kepada-Nya.

Panggil saja saya Belle kerana ia juga membawa maksud yang baik. Kalau ikutkan saya nak orang panggil Xatieqoutieqc tapi akan jadi susah.

Badjie Xatieqoutieqc ketika dihubungi oleh Harian Metro.

Untuk pengetahuan anda, Badjie Xatieqoutieqc kini menjadi anggota sukarelawan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Setia City Convention Centre (SCCC), Shah Alam, Selangor.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

nineteen − 4 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd