Now Reading
Filem ‘Siksa Neraka’ Dari Indonesia Diharamkan Tayangan Di Malaysia

Filem ‘Siksa Neraka’ Dari Indonesia Diharamkan Tayangan Di Malaysia

Filem Siksa Neraka ini diadaptasi dari sebuah komik karya MB Rahimsyah berjudul ‘Siksa Bagi Para Pelacur’ yang popular pada tahun 1990-an di Indonesia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terbaharu, satu filem dari negara Indonesia berjudul ‘Siksa Neraka’ telah menjadi topik hangat dalam kalangan masyarakat di media sosial selepas tayangan filem berkenaan telah diharamkan di Malaysia dan juga Brunei.

Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh pihak produksi filem tersebut di laman X (Twitter @ANTENNAETS) menerusi ciapan dimuat naik semalam (8 Januari).

Walau bagaimanapun, pihak mereka tidak menjelaskan mengapa filem itu disekat tayangannya di Malaysia dan Brunei.


Influencer Lucinta Luna Insaf Lepas Tonton Filem Siksa Neraka

Filem Siksa Neraka yang mula ditayangkan di pawagam Indonesia sejak 14 Disember 2023 lalu telah mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai termasuklah influencer dikenali sebagai Lucinta Luna.

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram miliknya (@lucintaluna_manjalita), influencer berkenaan menyatakan hasratnya untuk kembali ke fitrah asalnya sebagai lelaki kerana insaf selepas menonton filem Siksa Neraka.

Lucinta juga dilihat membakar koleksi pakaian dalam wanita miliknya dan mahu mendermakan beberapa barangan peribadinya termasuklah rambut palsu untuk pesakit kanser.

Filem Siksa Neraka

Filem ini mengisahkan tentang empat adik-beradik iaitu Saleh, Fajar, Tyas dan Azizah yang dibesarkan dalam keluarga yang menitikberatkan soal agama serta didedahkan dengan kisah syurga dan neraka sejak kecil lagi.

Kerjaya bapa mereka sebagai seorang ustaz yang dihormati penduduk kampung membuatkan empat adik-beradik itu diberi harapan untuk mewarisi keimanan dan akhlak mulia agar dapat membawa mereka sekeluarga ke syurga.

Pada suatu malam, Saleh dan adik-adiknya menyelinap keluar rumah untuk pergi ke kampung seberang yang dipisahkan oleh sebatang sungai yang deras sebelum hanyut dan hilang dibawa arus.

Sumber: YouTube CINEMA21

Namun secara tiba-tiba, Saleh terbangun di alam lain yang mirip dengan neraka yang sering diceritakan oleh ayahnya.

Saleh menyaksikan sendiri pelbagai bentuk seksaan yang mengerikan seperti lidah yang dikerat, tangan yang dipotong, sengatan berbisa makhluk raksasa, serta manusia yang dipanggang di atas api membara yang menjulang tinggi.

Maka terbukalah segala aib dan dosa yang pernah dilakukan oleh Saleh, Fajar, Tyas dan Azizah ketika hayat masih dikandung badan.

Siksa Neraka merupakan karya arahan Anggy Umbara dan dilakonkan oleh Safira Ratu Sofya, Kiesha Alvaro, Ariyo Wahabs.

Filem Siksa Neraka ini diadaptasi dari sebuah komik karya MB Rahimsyah berjudul ‘Siksa Bagi Para Pelacur’ yang popular pada tahun 1990-an di Indonesia.

Larangan Melakonkan Keadaan Dalam Neraka & Syurga

Sebelum ini, seorang penceramah bebas bernama Dr Nur Muhammad Hadi Zahalan atau juga dikenali sebagai Hadi Almaghribi telah menjelaskan mengenai larangan melakonkan keadaan di syurga dan neraka.

Jelasnya, tiada seorang pun dalam kalangan manusia yang mengetahui keadaan sebenar di dalam syurga mahupun neraka selain Baginda Rasulullah SAW.

Lakonan seolah-olah berada di syurga dan neraka itu juga boleh membuka ruang kepada orang lain untuk mempersendakan agama dengan mengatakan sekiranya beginilah neraka, maka tiada masalah untuk mereka masuk ke dalamnya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd