Now Reading
Benarkah Disney Hilang Hak Cipta Ke Atas Mickey Mouse? Ini Situasi Sebenarnya

Benarkah Disney Hilang Hak Cipta Ke Atas Mickey Mouse? Ini Situasi Sebenarnya

Kehilangan hak Disney terhadap Mickey Mouse versi lama yang tampil dalam produksi Steamboat Willie adalah tertakluk kepada undang-undang Amerika Syarikat (AS).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak dinafikan, rata-rata masyarakat membesar dengan kartun kegemaran di era masing-masing.

Salah satu karakter yang menjadi kegemaran ramai dari dahulu hingga ke hari ini ialah watak Mickey Mouse iaitu seekor tikus yang bercirikan manusia.

Sebut sahaja nama tikus itu, pasti ramai yang akan mengenalinya termasuklah golongan kanak-kanak pada zaman moden ini.


Disney Hilang Hak Cipta Terhadap Mickey Mouse?

Namun baru-baru ini kecoh apabila watak terkemuka animasi Disney itu bakal menjadi domain awam (public domain) bermula 1 Januari 2024.

Difahamkan kehilangan hak itu adalah tertakluk kepada undang-undang hak cipta Amerika Syarikat (AS).

Meskipun perkara ini benar namun ia hanyalah melibatkan versi awal watak animasi Disney itu iaitu yang pernah pernah muncul dalam filem pendek bertajuk Steamboat Willie pada 1928. Jadi usah keliru.

Kenapa ini berlaku? Ini kerana undang-undang di AS membenarkan tempoh perlindungan sesuatu hak cipta selama 95 tahun sahaja selepas ianya dihasilkan.

Oleh disebabkan itu, orang awam boleh menggunakan imej Mickey dan Minnie Mouse yang pernah muncul dalam Steamboat Willie.

“Perubahan baharu itu bermakna orang ramai hanya boleh menggunakan kapten bot seperti tikus (Mickey Mouse) tidak bercakap yang dilihat dalam Steamboat Willie. Bukan versi yang lebih moden,” kata Jennifer Jenkins, seorang profesor undang-undang dan pengarah Duke’s Centre.

Sumber: Cartoon Goodies/Disney Wiki

Mickey Mouse Versi Moden Tak Terjejas

Memetik sumber Sky News, jurucakap Disney memaklumkan bahawa versi Mickey Mouse yang lebih moden tidak terlibat dengan hak cipta yang telah tamat tempoh.

“Versi Mickey yang lebih moden akan kekal tidak terjejas selepas tamatnya hak cipta Steamboat Willie.

“Mickey akan terus memainkan peranan utama sebagai duta global untuk syarikat Walt Disney dalam penceritaan, tarikan taman tema dan barangan kami,” jelasnya.

Sumber: Disney Plus

Mickey Mouse Adalah Simbol Kekal Walt Disney

Watak Mickey Mouse yang diasaskan oleh ilustrator dan usahawan Walt Disney, merupakan simbol kekal bagi jenama berbilion dolar itu.

Malah sejak 90 tahun yang lalu, banyak taman tema Disneyland muncul di pelbagai negara dan menjadi tumpuan bukan sahaja penduduk tempatan bahkan pelancong serata dunia.

Simbol Mickey Mouse juga telah dijadikan satu logo yang dipaparkan pada pakaian, peralatan rumah dan juga makanan dijual oleh pasaran.

Bukan itu sahaja, karakter tikus tersebut turut membintangi atau membuat penampilan dalam ratusan filem, permainan video serta rancangan televisyen, terutamanya Fantasia dan Get a Horse.

Sumber: Disney Wiki

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd