Now Reading
Nama ‘Muhammad’ Paling Popular Di United Kingdom Pada Tahun 2023

Nama ‘Muhammad’ Paling Popular Di United Kingdom Pada Tahun 2023

Nama Islam lelaki lain disenaraikan antara 100 teratas di UK adalah Ali, Abdullah, Ibrahim, Abdul, Musa, Ahmed, Yusuf, Omar, Zayn dan Hamza.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Di Malaysia, nama Muhammad merupakan antara nama yang paling popular digunakan oleh kaum lelaki. Perkara tersebut dilihat sebagai sesuatu yang biasa memandangkan majoriti masyarakat di negara ini beragama Islam.

Malah, selain Malaysia dan beberapa negara Islam lain – nama Muhammad juga antara yang paling popular diberikan kepada bayi di United Kingdom (UK).


Nama ‘Muhammad’ Berada Di Kedudukan Teratas 100 Nama Baby Lelaki Di UK

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh BabyCentre, nama Muhammad mengungguli kedudukan teratas untuk 100 nama bayi lelaki di negara tersebut pada tahun 2023. Selain Muhammad, ejaan nama seperti ‘Mohammed’ dan ‘Mohammad’ juga terdapat dalam senarai laman web tersebut.

Memetik Mirror UK, jurucakap BabyCentre Faye Mingo berkata, ibu bapa semakin cakna isu dalam pemberian nama dengan menghabiskan banyak masa memikirkan bukan sahaja mengenai nama bayi mereka, tetapi ejaan nama.

“Mungkin ia kecil, tetapi perbezaan ini penting kepada ibu bapa jadi kami kini akan memasukkan semua ejaan nama bayi individu dalam carta kami,” katanya.


Muhammad Bawa Maksud Terpuji

Muhammad yang membawa maksud ‘terpuji’ dalam Bahasa Arab ialah nama rasul terakhir umat Islam dan dianggap sebagai nama yang paling banyak digunakan untuk kanak-kanak lelaki di seluruh dunia dengan pelbagai ejaan dan sering menjadi 10 nama teratas di kebanyakan negara.

Laman web keibubapaan (parenting) The Bump juga mendedahkan kira-kira 150 juta kanak-kanak dan individu dewasa lelaki menggunakan nama tersebut di seluruh dunia.

Noah (Nabi Nuh AS) yang juga nama rasul berada di tempat kedua dalam senarai bayi lelaki diikuti Theo, Leo, Oliver, Arthur, George, Luca, Freddie dan Jack.

Nama Islam lelaki lain disenaraikan antara 100 teratas di UK adalah Ali, Abdullah, Ibrahim, Abdul, Musa, Ahmed, Yusuf, Omar, Zayn dan Hamza.


‘Layla’ Nama Baby Perempuan Paling Popular Di UK

Untuk bayi perempuan pula, Layla ialah nama Muslim paling popular di tempat ke-31 dengan nama lain seperti Maryam, Fatima, Nur, Aisha, Zahra dan Raya juga tersenarai.

Sekadar info, nama Muhammad bukanlah hanya popular pada tahun ini sahaja di UK, bahkan pernah mengungguli carta teratas untuk beberapa tahun sebelum ini. Selain itu, nama Muhammad juga popular di Belanda pada tahun 2022.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd