Now Reading
[Video] The Grinch Gaduh Dengan Maskot Pokok Krismas Di Kawasan Parkir Cuit Hati Netizen

[Video] The Grinch Gaduh Dengan Maskot Pokok Krismas Di Kawasan Parkir Cuit Hati Netizen

Dua orang individu yang memakai topeng The Grinch dan maskot pokok Krismas dilihat bergaduh di kawasan parkir dipercayai di Bukit Batok Street 24, Singapura.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila berbicara tentang musim Krismas, pasti ramai di kalangan masyarakat menanti-nantikan hari tersebut yang bakal disambut pada 25 Disember akan datang.

Malah, banyak juga pusat membeli belah di Malaysia yang telah menghiasi bangunan mereka dengan dekorasi indah dan comel sempena Krismas seperti di The Exchange TRX dan Suria KLCC.

Bukan itu sahaja, platform media sosial pada ketika ini juga dipenuhi dengan konten-konten lucu yang bertemakan perayaan tersebut.


Individu Pakai Topeng The Grinch & Maskot Pokok Krismas Gaduh Di Parkir

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@ryot______), menyaksikan dua orang individu memakai topeng dan maskot Krismas sedang bergaduh manja di sebuah kawasan parkir yang lengang.

Dalam klip hantaran tersebut, dilihat seorang individu berpakaian seperti watak The Grinch telah berlari secara tiba-tiba ke arah maskot pokok Krismas dan memukulnya beberapa kali.

Selepas seketika, maskot pokok Krismas itu dilihat sempat melarikan diri dalam keadaan tergedek-gedek menjauhi The Grinch tersebut.

Namun disebabkan tidak cukup laju, The Grinch itu berjaya menangkap semula maskot pokok Krismas dan kembali meneruskan pertengkaran. Apalah agaknya yang dibuat oleh pokok Krismas itu sampai The Grinch nak pukul sebegitu sekali. Macam sudah lama menyimpan dendam!

Kejadian yang kelihatan seperti satu gimik itu dipercayai berlaku di negara jiran Bukit Batok Street 24, Singapura.

Video berdurasi 16 saat yang kelakar itu dalam masa sama telah meraih tumpuan orang ramai atas talian.

Sumber: TikTok (@ryot______)

Netizen Terhibur Dengan Telatah Dua Individu Yang Bergaduh

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet dilihat cuit hati dengan aksi kebudak-budakan oleh dua orang individu yang memakai topeng dan maskot tersebut.

“Ini adalah satu-satunya perlawanan boxing yang saya akan saksikan di Singapura,” kata seorang wanita.

Selain itu, ada juga yang terhibur dengan beberapa ekor burung dilihat berterbangan dalam video ketika pergaduhan berlaku. Seolah-olah ia menjadi pelakon tambahan kepada aksi itu.

“The birds fly by is cinematic,” ujar seorang pengguna laman TikTok.

Sementara itu, terdapat seorang netizen yang menyifatkan cara maskot pokok Krismas itu berlari menjauhi musuhnya adalah lawak.

“The way pokok Krismas itu berlari sangat lawak dengan kakinya yang kecil,” jelas seorang individu.

Sumber: TikTok (@ryot______)

Baca Artikel Berkaitan: Suami Buat ‘Surprise’ Pakai Maskot Kartun Lepas 11 Bulan Tak Jumpa Isteri


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd