Now Reading
Suami Buat ‘Surprise’ Pakai Maskot Kartun Lepas 11 Bulan Tak Jumpa Isteri

Suami Buat ‘Surprise’ Pakai Maskot Kartun Lepas 11 Bulan Tak Jumpa Isteri

Lelaki itu dilihat membuat kejutan kepada isterinya dengan cara yang sangat comel, iaitu dengan memakai maskot Mickey Mouse di sebuah kedai makan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Apabila sudah bergelar pasangan suami isteri, pastinya akan ada dugaan serta cabaran yang perlu dilalui ketika menjalani kehidupan bersama.

Orang kata, dalam usia lima tahun pertama perkahwinan pastinya menguji kematangan masing-masing.

Antaranya cabarannya adalah dari segi kewangan, persefahaman, anak, keluarga dan komitmen.

BACA JUGA: Wanita Kongsi Cara Efektif Simpan Duit Kahwin RM43K Dalam Masa 2 Tahun. Boleh Cuba!

Suami buat kejutan untuk isteri

Disebabkan komitmen kerja, seorang pengguna TikTok Aminnul Shafiq terpaksa berjauhan dengan isterinya selama 11 bulan.

Namun baru-baru ini, lelaki itu dilihat membuat kejutan kepada isterinya dengan cara yang sangat comel, iaitu dengan memakai maskot Mickey Mouse di sebuah kedai makan.

Di sebalik maskot tersebut, lelaki itu sengaja mengusik seorang pelanggan yang merupakan isterinya.

Yang paling best, isteri dia tak tahu pun yang maskot kartun tersebut dipakai oleh suaminya.

Selepas puas mengusik isterinya, lelaki itu akhirnya membuka bahagian kepala maskot berkenaan.

Pada awalnya, isterinya agak malu untuk memandang kerana disangka hanya lelaki biasa yang ingin mengusiknya.

Selepas dia mula mengenali wajah suaminya itu, mereka terus berpelukan dan mengalirkan air mata.

Kami yang tengok pun sedih sekali.

Kalau anda nak menangis sekali seperti kami, klik [DI SINI] untuk lihat video penuh.

Netizen pun menangis sekali

Di ruangan komen video berkenaan, boleh tahan ramai juga yang turut mengalirkan air mata ketika mereka berdua saling berpelukan.

Bukan itu sahaja, ada juga memuji sikap isterinya yang dilihat malu dan menjaga pandangan ketika dia masih tidak mengetahui individu di sebalik maskot berkenaan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd