Now Reading
Anak Jatuhkan iPhone 15 Pro Max Baharu Milik Ayah, Reaksi Lelaki Ini Bikin Netizen Berdekah

Anak Jatuhkan iPhone 15 Pro Max Baharu Milik Ayah, Reaksi Lelaki Ini Bikin Netizen Berdekah

Si ayah apabila bergurau kasar, inilah jadinya. Kelakar!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Momen saat barangan berharga jatuh ataupun hilang, hati pun automatik berkecai.

Bukan dramatik, tapi itulah hakikatnya.

Terutamanya jika sesuatu barangan itu dibeli dengan harga yang tinggi mencecah ribuan ringgit, seperti gadget. Malah, ‘pelaburan’ seperti ini kebiasaannya dibeli untuk digunakan bertahun-tahun lamanya sehinggalah rosak.


Anak Jatuhkan iPhone 15 Pro Max Milik Ayah, Reaksi Si Ayah Bikin Ramai Tertawa

Baru-baru ini pada 23 Oktober lalu, seorang pengguna Facebook (Jackie Chew) menerusi hantaran di laman berkenaan menyatakan bahawa telefon pintar jenis iPhone miliknya telah retak gara-gara dijatuhkan oleh anak lelakinya.

Walau bagaimanapun, hantaran yang ditulis membuatkan orang ramai berdekah.

Mana tidaknya, sekali baca macam nak jual telefon tersebut sebab dah retak. Tapi rupanya….

“My son dropped my iPhone 15 pro max which I just bought last week and cracked the phone slightly. Still in working condition but decided to sell it off cheap. Below are the specs. PM me if keen.

“12 years old, Chinese, Male, Speaks English and Mandarin, Price negotiable,” tulisnya.

Lah, anaknya pula nak dijual. Bukan telefon.

Hantaran berkenaan telah meraih lebih 109,000 perkongsian dengan 282,000 tanda suka setakat artikel ini ditulis.


“Apple Care?”

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turun tumpang sekaki melayan si bapa dengan meninggalkan komen yang membuatkan ramai tidak kering gusi jika membacanya.

“Apple care?” soal seorang netizen. Lalu seorang lagi netizen dengan berseloroh menjawab, “No one care”.

Sumber: Facebook / Jackie Chew
Sumber: Facebook / Jackie Chew

Manakala yang lain juga turut mengajukan soalan tentang adakah anaknya itu boleh melakukan kerja-kerja rumah dengan baik dan juga mampu untuk menyuapkan makanan kepada ayam?

Ayahnya menjawab, “Dia ada seorang yang cepat belajar, namun tidak makan terlalu banyak.”

Sumber: Facebook / Jackie Chew

Kaca Kamera iPhone Pecah? Jangan Panik Dulu!

Kadangkala, ada beberapa kejadian akan berlaku tanpa diduga. Walaupun seseorang itu sudah berhati-hati, tapi kalau nak jadi, jadi juga kan.

Jadi kalau telefon anda terjatuh dan kamera iPhone anda retak/pecah, boleh ikuti langkah-langkah ini untuk memastikan sama ada ia masih berfungsi atau tidak.

  • Buka aplikasi kamera.
  • Jika aplikasi kamera tidak boleh dibuka sama sekali atau terdapat mesej ‘error’, ia bermakna kamera perlu diganti.
  • Jika tiada ‘error’, cuba ambil gambar menggunakan kamera untuk mengetahui sama ada ia mengalami masalah seperti blur, atau kosong hitam atau tidak.
  • Buka aplikasi WhatsApp dan buat panggilan video dengan rakan. Kalau masih nampak rakan anda dengan jelas, maksudnya kamera iPhone anda masih okay.

Tapi kalau sebaliknya berlaku, hantar kedai teruslah, gang.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd