Now Reading
Bermodal RM8 Jual Daun Ketapang Di eBay, Pensyarah Muda Kini Jadi Jutawan

Bermodal RM8 Jual Daun Ketapang Di eBay, Pensyarah Muda Kini Jadi Jutawan

Pensyarah ini mendedahkan bahawa daun ketapang kering ini yang juga dikenali sebagai ‘Indian leaf’ mendapat permintaan yang tinggi di laman e-dagang.

daun ketapang

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Rezeki memang tidak pernah salah alamat dan akan diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang rajin berusaha.

Zaman sekarang ini pun sudah banyak platform untuk berniaga secara atas talian, tinggal nak atau tak nak sahaja.

Dan siapa sangka, daun kering yang biasa dilihat boleh menjadi sumber rezeki bagi seseorang sebagai pendapatan sampingan mereka.


Pensyarah Usia 29 Tahun Bergelar Jutawan Lepas Jual Daun Ketapang Di eBay

Baru-baru ini, perniagaan yang dimiliki oleh seorang pensyarah lelaki berusia 29 tahun dikenali sebagai Dr Mohd Zulariffin Md Maarof telah mencetuskan inspirasi kepada orang ramai.

Hanya menggunakan modal serendah RM8 untuk kos penghantaran ke luar negara, lelaki ini berjaya memperolehi keuntungan yang cukup lumayan dengan menjual daun ketapang kering di platform eBay.

Pensyarah Kanan Jabatan Sains dan Matematik Pusat Pengajian Diploma Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) itu mendedahkan dia mampu meraih sehingga USD 30 (RM14) melalui jualan 30 helai daun ketapang kering.

Idea ini tercetus 10 tahun lalu ketika berdepan kesempitan hidup semasa bergelar mahasiswa di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Jadi saya memanfaatkan pengetahuan dalam bidang data dan matematik untuk mengkaji peluang perniagaan mempunyai modal kecil di internet.

Dr Mohd Zulariffin Md Maarof.
Sumber: Sinar Harian

Mesti ramai yang tertanya-tanya, kenapa jual daun ketapang kering?

Pensyarah ini mendedahkan bahawa daun ketapang kering ini yang juga dikenali sebagai ‘Indian leaf’ mendapat permintaan yang tinggi di laman e-dagang.

Nak dijadikan cerita, daun ketapang itu pula banyak dijumpai di UTM sebelum bercadang untuk menjualnya secara online.

Tempahan pertama yang diperolehi adalah pelanggan dari Texas, Amerika Syarikat dengan membeli 30 helai daun ketapang berharga USD 1 (RM4.67) bagi setiap satu.

Dr Mohd Zulariffin Md Maarof.

Selepas memasuki tahun ketiga dalam bidang Doktor Falsasah, pensyarah ini berjaya mengembangkan perniagaannya dengan menjual produk dari China dan Indonesia di eBay sehingga berjaya mengumpul RM1 juta pertama ketika berusia 29 tahun.

Selepas perniagaannya itu mula memberikan pulangan yang lumayan, pensyarah berkenaan telah membuka kelas bimbingan untuk membantu para usahawan dalam bisnes mereka.

Sumber: Kompas.com

Khasiat Daun Ketapang

Daun ketapang ini bukanlah seperti daun-daun kering yang biasa anda lihat di tepi jalan raya kerana ia mempunyai khasiatnya yang tersendiri untuk kesihatan tubuh badan.

Sebagai info, daun ketapang atau nama saintifiknya Millania Catappa mempunyai nilai komesialnya tersendiri dari sudut perubatan dengan menawarkan solusi kepada beberapa penyakit seperti:

  • Kanser
  • Penyakit hati
  • Diabetes
  • Radang sendi
  • Sakit perut
  • Sakit kepala
  • Mengurangkan risiko penyakit kronik
Sumber: KlikDokter

Selain bermanfaat kepada manusia, daun ketapang ini juga banyak digunakan oleh penternak ikan hiasan seperti ikan laga sebagai medium untuk merawat air.

Zat-zat yang terkandung dalam daun ketapang ini boleh menurunkan kadar pH air yang beralkali serta bertindak sebagai antikulat.

Pada masa yang sama, rendaman air daun ketapang ini juga boleh mengelakkan ikan laga dari mudah tertekan dan menggalakkan pertumbuhan warna serta ekor yang cantik.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd