Now Reading
Rebut 1 Bilion LAZCOINS Pada Jualan Tahunan Terbesar 11.11 Lazada!

Rebut 1 Bilion LAZCOINS Pada Jualan Tahunan Terbesar 11.11 Lazada!

Menjelang 11.11, Lazada turut menyediakan banyak lagi kejutan untuk para pelanggan, bermula dengan pemberian hadiah istimewa di media sosial.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Lazada, perintis platform eDagang di Asia Tenggara tampil menawarkan keceriaan berganda sempena Jualan Tahunan Terbesar 11.11 dengan menyediakan lebih satu bilion LazCoins untuk pengguna platform sempena acara membeli-belah tahunan ikonik ini.

Bermula dari 11 hingga 13 November 2023, jualan tersebut mengundang para pengguna membeli-belah sepanjang hujung minggu dengan tawaran dan diskaun hebat.


Rebut 1 Bilion LazCoins!

Rakyat Malaysia boleh menikmati nilai pembelian berbaloi dan penjimatan luar biasa semasa Jualan Tahunan Terbesar 11.11 Lazada dengan lebih daripada satu bilion LazCoins yang sedia untuk direbut.

LazCoins yang dikumpul boleh ditebus untuk diskaun dan harga terendah bagi puluhan juta produk di platform Lazada.

Berdasarkan data, didapati bahawa setiap hari, satu daripada tiga pelanggan Lazada menggunakan LazCoins untuk memaksimumkan penjimatan mereka apabila membuat pesanan di platform Lazada merentas rantau Asia Tenggara.

Pengguna hanya perlu mendaftar masuk ke saluran LazCoins di aplikasi Lazada setiap hari dari 1 hingga 13 November untuk mengumpul lebih banyak LazCoins berbanding kutipan pada hari biasa.

Pelanggan yang mendaftar masuk setiap hari selama 13 hari berturut-turut akan menerima 1,640 LazCoins (bernilai RM16.40) secara percuma yang boleh ditebus untuk menikmati diskaun tambahan bagi produk terpilih, di samping rebat sedia ada seperti baucar platform dan baucar dari penjual, serta baucar Penghantaran Percuma dan banyak lagi.

Selain itu, pelanggan yang log masuk ke aplikasi Lazada sepanjang tempoh jualan juga berpeluang menerima kejutan LazCoins secara rawak.

Pengguna platform yang ingin menggandakan pengumpulan LazCoins juga boleh melengkapkan ulasan produk yang dibeli, menyelesaikan misi di aplikasi Lazada, atau bermain game di platform seperti Merge Boss atau GoGo Match.

Gamifikasi dengan ganjaran LazCoins pastinya menggalakkan pelanggan untuk kekal aktif di aplikasi.

Malahan, keterlibatan dalam aktiviti seperti ini juga memungkinkan para pelanggan untuk menemui produk idaman dan paparan terbaharu di platform.

Ianya juga merupakan tenaga penggerak dan penjana kadar pengekalan 7 hari dalam aplikasi yang mencecah hampir 100%.


Teka & Menang Cepumas Secara Percuma Selama 11 Bulan

Menjelang 11.11, Lazada turut menyediakan banyak lagi kejutan untuk para pelanggan, bermula dengan pemberian hadiah istimewa di media sosial.

Bermula 1 hingga 10 November, peraduan media sosial yang berlangsung selama 10 hari tersebut mengundang pengikut akaun Lazada di Instagram untuk meneka harga jualan produk terpilih.

Untuk menyertai, peserta hanya perlu menulis komen tekaan harga jualan produk yang dipaparkan.

11 orang pertama yang meneka harga dengan tepat berpeluang memenangi produk terpilih harian merangkumi pelbagai kategori termasuk kesihatan & kecantikan, kelengkapan rumah & kehidupan, fesyen, elektronik dan banyak lagi.

Seorang pemenang bertuah yang meneka dengan tepat harga kesemua produk yang dipaparkan sepanjang 10 hari akan berpeluang memenangi Hadiah Utama iaitu baucar membeli-belah bernilai RM11,000.

Secara keseluruhan, terdapat lebih RM100,000 hadiah untuk dimenangi!


Maksimumkan Penjimatan!

Selain promosi jenama dan diskaun eksklusif, para pelanggan boleh menikmati pelbagai tawaran istimewa seperti tawaran LazFlash Extra* menjanjikan harga terendah serta diskaun lebih 50% diskaun bagi produk popular, trending, dan pelbagai tawaran.

Baucar Penghantaran Percuma* juga boleh diperoleh merentas aplikasi, hanya tekan pada ikon Penghantaran Percuma atau ikon Baucar, pecahkan Lucky Egg atau dengan bersuka-ria dengan Lazzie Star.

Dengan baucar Penghantaran Percuma, anda boleh menikmati penjimatan hingga RM20 ke atas caj penghantaran.


Jualan Tahunan Terbesar 11.11 Lazada

Anda boleh mula menambah item ke dalam troli dan bersiap sedia untuk membuat pembayaran pada pukul 12 pagi pada 11 November agar layak menikmati harga tiada tandingan, diskaun durian runtuh besar-besaran, dan pelbagai kejutan hebat!

[JUALAN TAHUNAN TERBESAR 11.11 LAZADA]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd