Now Reading
Isu Jihan Muse Gurau Nama Ayah, Penyanyi Caliph Buskers Azmi Saat Dedah Tak Terasa Hati

Isu Jihan Muse Gurau Nama Ayah, Penyanyi Caliph Buskers Azmi Saat Dedah Tak Terasa Hati

Penyanyi ahli kumpulan Caliph Buskers iaitu Azmi Saat memberitahu bahawa Jihan Muse telah menghubunginya secara peribadi untuk meminta maaf.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ketika konsert minggu keempat dalam rancangan realiti All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada Ahad lalu (15 Oktober), pengacara Jihan Muse dilihat hanya tampil ‘duo’ bersama Nabil Ahmad selepas pengunduran Elly Mazlein.

Namun, rancangan tersebut dikatakan telah menimbulkan isu apabila Jihan didakwa mempermainkan nama bapa kepada salah seorang penyanyi jemputan yang merupakan ahli kumpulan Caliph Buskers iaitu Azmi Saat.

Semasa mahu mengumumkan persembahan duet Azmi Saat dan Azaharina, Jihan telah bertanya soalan kepada Nabil berkaitan saat, minit dan jam.

Jika anda perasan, ayah kepada ahli kumpulan Caliph Buskers itu bernama Saat.

Kalau satu Azmi, Azmi Saat. Kalau 60 Azmi jadi apa? Jadi berapakah Azmi yang diperlukan untuk menghasilkan Azmi jam?

Jihan Muse.

Sedutan episod dalam rancangan ASGV itu juga telah dimuat naik semula oleh netizen di media sosial.

https://www.tiktok.com/@boom.malaysia/video/7290395517618572546?_r=1&_t=8gbs9i3pb8b

Gurauan Jihan Muse Raih Pelbagai Reaksi Netizen

Di ruangan komen video tersebut, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen selepas melihat babak tersebut.

Ada yang menganggap gurauan tersebut tidak sepatutnya dilakukan kerana melibatkan nama ahli keluarga seseorang.

Namun, ada juga yang berpendapat gurauan tersebut bukanlah satu perkara besar yang perlu diambil secara serius.

Sumber: TikTok

Apa Pula Kata Azmi Saat?

Memetik sumber Harian Metro, penyanyi ahli kumpulan Caliph Buskers iaitu Azmi Saat memberitahu bahawa dia tidak tersinggung dengan gurauan Jihan Muse ketika rancangan ASGV.

Walau bagaimanapun, Azmi berpendapat meskipun dia tidak terasa hati namun sensitiviti masyarakat perlu dijaga kerana bimbang ia boleh mengguris perasaan pihak lain yang menonton rancangan tersebut.

Cuma kita perlu belajar juga, gurauan sebegitu memang sensitif dalam masyarakat kita. Malah, setiap orang bangga dengan nama ayah, jadi jika dibawa main, orang memang kurang suka.

Azmi Saat.

Tambahnya lagi, gurauan sedemikian tidak mendatangkan masalah kerana mereka saling mengenali antara satu sama lain.

Susulan perkara yang berlaku, Azmi juga memberitahu bahawa Jihan sudah menghubunginya secara peribadi untuk meminta maaf atas perkara yang terjadi.

Sumber: Harian Metro

Jihan Muse Mengakui Kesilapan Yang Dilakukan

Dalam satu hantaran terbaharu yang dimuat naik oleh Jihan Muse di laman Instagram miliknya (@jihanmuse), pengacara tersebut memaklumkan dia telah meminta maaf kepada Azmi secara peribadi da tidak berniat untuk mempermainkan nama bapa seperti yang diperkatakan.

Saya akui ia adalah kesilapan dari saya sendiri kerana tidak peka dan sensitif. Begitu juga dengan gurauan yang tidak bersesuaian yang telah dibuat. Ia tidak patut berlaku pada sesiapa pun.

Jihan Muse.

Selepas isu yang berlaku, Jihan menerima segala teguran dan mengambilnya sebagai pengajaran serta tidak akan mengulanginya lagi.

Diharap perkara seperti tidak berulang lagi baik dari saya atau sesiap saja. Ia bukan perkara yang boleh dinormalisasikan. Semoga kami dapat menyusun skrip dengan lebih baik selepas ini.

Jihan Muse.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd