Now Reading
“Rasa Kerdil Pula”- Ketinggian Pemain Bola Jaring Ini Buat Ramai Terbeliak Mata

“Rasa Kerdil Pula”- Ketinggian Pemain Bola Jaring Ini Buat Ramai Terbeliak Mata

Wanita bernama Arirak Ampharat itu merupakan seorang pemain bola jaring bagi pasukan Terengganu Marvels yang diimport dari Thailand.

ketinggian pemain netball thailand 202cm

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, purata ketinggian masyarakat Malaysia adalah dalam lingkungan 164.7CM bagi golongan lelaki dan 153.3CM bagi kaum wanita.

Nak kata rendah atau tinggi sangat, pun tidak juga. ‘So-so’ orang kata.

Tetapi kalau ketinggian kita dibandingkan dengan masyarakat Eropah, memang boleh nampak perbezaan yang agak ketara.


Ketinggian Pemain Import Bagi Pasukan Bola Jaring Negeri Terengganu Cecah 202CM!

Berbicara tentang ketinggian, terdapat satu video dikongsikan di laman TikTok (@astroarena) yang akan membuatkan korang semua ternganga termasuklah penulis sendiri.

Dalam video tersebut, kelihatan seorang wanita berhijab sedang berdiri manakala seorang pemain bola jaring bagi pasukan Terengganu Marvels pula sedang duduk di atas sebuah kerusi.

Namun selepas pemain itu berdiri, ternyata jelas perbezaan ketinggian mereka. Bukan beza sikit tapi banyak ya!

Difahamkan, wanita berusia 23 tahun itu yang bernama Arirak Ampharat merupakan pemain bola jaring profesional yang diimport dari Thailand bagi perlawanan Netball Super League (NSL).

Dan ketinggiannya adalah 202CM!

Video tersebut mendapatkan perhatian ramai sehingga meraih 1.9 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

@astroarena

Try teka tinggi dia berapa? NSL tak lama dah nak start ni..tlg la kosong jadual korang datang ramai2 stadium Juara Bukit Kiara… #NSL2023 #RuleTheCourt #SukanDiTikTok #SportsOnTikTok

♬ original sound – Astro Arena – Astro Arena

Netizen Beri Pelbagai Reaksi Lihat Ketinggian Pemain Bola Jaring Dari Thailand

Di ruangan komen, ramai netizen memberi pelbagai reaksi selepas melihat ketinggian pemain bola jaring itu.

Ada yang siap membandingkan ketinggiannya dengan pelakon Korea Selatan bernama Lee Kwang-soo yang juga mempunyai ketinggian luar biasa iaitu 192CM.

Pada masa yang sama, ketinggian wanita itu membuatkan segelintir netizen tertanya-tanya tentang beberapa perkara seperti saiz katilnya dan saiz seluar yang dipakai.

Maklumlah, bukan senang nak cari pakaian jika mempunyai ketinggian yang lain daripada lain.

Selain itu, ada pula netizen yang terhibur kerana masih dapat melihat kepala pemain wanita berkenaan walaupun sudah membuka bahagian komen yang agak menutup video.

Sumber: TikTok

Profil Tentang Perlawanan Yang Pernah Disertai Oleh Arirak Ampharat

Selain menjadi pemain bola jaring, Arirak Ampharat yang dilahirkan pada 17 September 2000 juga merupakan pemain bola tampar di Thailand.

Sumber: DevianArt

Antara pasukan bola tampar yang pernah disertainya adalah seperti Rangsit Univerity dan Salming RSU.

Bagi kedudukan dalam kejohanan bola tampar, Arirak berada pada kedudukan 504 daripada kesemua pemain seluruh dunia dengan berfungsi sebagai ‘middle-blocker’.

Sumber: TikTok @astroarena | Women Volleybox


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd