Now Reading
Shah Rukh Khan Puji Video Tarian Bollywood Wanita Malaysia, Tuan Badan Terus Teruja!

Shah Rukh Khan Puji Video Tarian Bollywood Wanita Malaysia, Tuan Badan Terus Teruja!

Tiga wanita yang memakai saree itu membuat tarian berdasarkan dari filem Jawan yang dilakonkan oleh Datuk Shah Rukh Khan.

shah rukh khan video menari (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau korang peminat filem Bollywood, mesti nama aktor terkenal iaitu Datuk Shah Rukh Khan menjadi pujaan ramai terutamanya golongan wanita.

Kebiasaannya, filem Bollywood akan mempunyai tarian mereka yang dilakukan secara beramai-ramai dengan rentak lagu yang agak ‘catchy’. Jangan terkejut kalau nampak ada peminat yang sanggup mempelajari tarian tersebut.

Siapa yang boleh hafal lagu-lagu Bollywood tu lagi power!


Tiga Wanita Dari Malaysia Buat Video Menari Tarian Bollywood

Filem terbaharu lakonan Shah Rukh Khan berjudul Jawan telah mendapat perhatian ramai selepas ia mula ditayangkan di pawagam seluruh dunia pada 7 September lalu.

Penangan filem tersebut membuatkan sekumpulan wanita dari Malaysia sanggup mempelajari semula tarian yang di dalam filem berkenaan dan merakam video tarian sebelum dimuat naik di media sosial.

Dalam video berkenaan, kelihatan tiga orang wanita mengenakan pakaian saree berwarna merah jambu, biru dan kuning tangkas menari dengan ‘step’ yang ditiru dari dalam filem Jawan.

Sumber: X (Twitter @SRKsJunaid)

Video Tarian Bollywood Raih Perhatian Shah Rukh Khan

Video tersebut telah dimuat naik di laman X (Twitter @SRKsJunaid) telah meraih perhatian pelakon Shah Rukh Khan sehari selepas itu.

Shah Rukh Khan memberi reaksi positif terhadap video itu dan berterima kasih serta memberi pujian kepada wanita-wanita tersebut.


Tuan Badan Teruja Shah Rukh Khan Puji Video Tarian Mereka

Apabila artis kegemaran kita ‘notice’ di media sosial, mesti kita semua teruja kan?

Begitu juga dengan wanita ini selepas video tarian mereka yang dipelajari dari filem Jawan mendapat perhatian aktor Shah Rukh Khan.

Wanita berkenaan meluahkan rasa teruja menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok (@wiwinbollmixdance) dan mendapat perhatian ramai sehingga meraih 2.7 juta tontonan.

https://www.tiktok.com/@wiwinbollmixdance/video/7284280638167846152

Profil Pelakon Shah Rukh Khan

Datuk Shah Rukh Khan yang kini berusia 57 tahun merupakan seorang pelakon, penerbit serta pengacara televisyen yang dilahirkan pada 2 November 1965.

Sumber: Pinkvilla

Antara filem beliau yang mendapat perhatian masyarakat seluruh dunia adalah Kuch Kuch Hota Hai, Mohabbatein, Dilwale dan Kabhi Kushi Kabhie Gham.

Pelakon tersebut juga telah dianugerahkan pingat Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk pada Hari Jadi yang ke-70 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob pada 11 Oktober 2008.

Sumber: X (Twitter @SRKSJunaid) | X (Twitter @iamsrk) | TikTok wiwinbollmixdance


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd