Now Reading
Ajar Menari Bollywood Depan Pentas, Effort Si Ayah Tolong Anak Perempuan Curi Tumpuan Ramai

Ajar Menari Bollywood Depan Pentas, Effort Si Ayah Tolong Anak Perempuan Curi Tumpuan Ramai

Walaupun ada guru beri tunjuk ajar, tetapi kanak-kanak perempuan itu tetap pandang ke arah ayahnya untuk tahu langkah menari dari awal sehingga habis persembahan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Ayah adalah cinta hati pertama buat anak perempuan dalam keluarga. Walaupun gerangan bernama ayah ini sering dilihat sebagai seorang yang berperwatakan garang, tetapi mereka seorang yang penyayang sebenarnya.

Bukan apa, mereka cuma mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan akan cuba sedaya upaya menyediakan segalanya keperluan, walaupun terpaksa menjadi penari Bollywood.

Ayah Ajar ‘Step’ Menari Bollywood Untuk Tolong Anak Perempuan Buat Persembahan

Menerusi hantaran dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@kakngah8586), wanita ini berkongsi video yang membuatkan ramai terharu melihat gelagat seorang bapa menjadi pengajar menari buat anak perempuannya.

Dalam video tersebut, bapa itu dilihat menari Bollywood di hadapan pentas untuk memberi panduan kepada anak perempuannya yang sedang membuat persembahan di khalayak ramai.

Boleh tahan ‘power’ juga ayah dia boleh hafal step dari awal sehingga akhir. Mesti hari-hari berlatih di rumah.

Walaupun ada guru yang yang memberikan tunjuk ajar pada ketika itu, tetapi kanak-kanak perempuan tersebut hanya memandang tepat ke arah ayahnya yang membantu dia mengetahui ‘step’ seterusnya.

Difahamkan, persembahan tarian itu dilakukan oleh murid-murid dari Prasekolah Ana Muslim di Cyberjaya sempena Konsert Graduasi dan Akhir Tahun Prasekolah Ana Muslim 2022.

Netizen Terharu Lihat Hubungan Rapat Ayah Dan Anak Perempuannya

Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa terharu melihat usaha si ayah untuk membantu anak perempuannya sehingga ada di antara mereka yang hampir mengalirkan air mata.

Malah mereka juga memuji cara lelaki itu memberi sokongan kepada kanak-kanak itu dari awal hingga akhir.

Comel je tengok video ni. Tiba-tiba rasa rindu pula ayah di rumah.

BACA JUGA: “Asalkan Anak Gembira” – Ayah Buang Rasa Malu Kutip Mainan Terpakai Dari Tong Sampah

BACA JUGA: Selalu Buat Konten TikTok Dengan Ayah, Kucing Tak Keruan Cari Tuan Yang Dah Meninggal Dunia

BACA JUGA: Ayah Hantar Video Wish Birthday, Anak Pelaut Tahan Sebak Rindu Pada Bapa


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd