Hilang Pasport & Jam Dicuri Sebelum Berlepas, Doktor Ini Dipuji Bantu Pesakit Dalam Kapal Terbang Turkish Airlines
Turkish Airlines turut berterima kasih kepada doktor wanita dari Malaysia itu kerana telah memberikan bantuan kepada salah seorang penumpang dalam penerbangan mereka.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap takdir yang ditentukan oleh Allah SWT, pasti ada hikmahnya. Sebagai umat Islam, kita perlu percaya bahawa ujian dan dugaan yang diberikan pasti akan diberi ganjaran kepada mereka yang bersabar.
Seperti mana yang dihadapi oleh seorang doktor wanita warganegara Malaysia, dia telah mengalami beberapa masalah sebelum dibenarkan untuk berlepas menaiki kapal terbang di luar negara.
Namun, dugaan yang dihadapi itu tidak menghalang doktor berkenaan untuk terus berbakti kepada masyarakat.
Doktor Dari Malaysia Bantu Warga Turki Dalam Kapal Terbang
Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (Twitter @senalkaff), lelaki ini yang merupakan salah seorang penumpang dalam penerbangan Turkish Airlines berkongsi kejadian yang berlaku di dalam kapal terbang tersebut.
Seorang wanita berumur warga Turki dipercayai telah pengsan di dalam kapal terbang akibat masalah tekanan darah tinggi yang dialaminya.
Kejadian yang berlaku ketika dalam perjalanan dari Istanbul ke Kuala Lumpur itu membuatkan orang ramai panik sebelum seorang ‘heroin’ memunculkan diri.
Doktor wanita yang merupakan rakyat Malaysia dikenali sebagai Dr Syazwani telah tampil memberikan bantuan kepada warga Turki berkenaan.
I was on board a Turkish Airlines flight back to KL from Istanbul. A Turkish old lady fainted due to high blood pressure. The whole plane panicked until a Malaysian doctor, Dr. Syazwani came to rescue. Such a heroic tale.
— Mohsen Alkaff محسن الكاف (@senalkaff) September 28, 2023
So proud of Dr. Syazwani. pic.twitter.com/qSp688136o
Bantuan Yang Diberikan Oleh Doktor Dari Malaysia Itu Membuatkan Netizen Tumpang Bangga
Perkongsian di laman X (Twitter) itu meraih perhatian ramai dan rata-rata netizen kagum dengan bantuan yang dihulurkan oleh doktor dari Malaysia itu.
Apa yang menjadi perhatian ramai adalah tudung yang dipakai oleh doktor berkenaan adalah dari kartun Barbie dan membuatkan beliau seolah-olah ‘real life Barbie’.
Malah, ada juga netizen yang menyebut (tag) jenama Mattel untuk memberi penghargaaan kepada ‘Doktor Barbie’ tersebut iaitu Dr Syazwani.

Pada masa yang sama, pihak Turkish Airlines menerusi ciapan dimuat naik di laman X (Twitter @TurkishAirlines) turut berterima kasih kepada Dr Syazwani yang digelar sebagai heroin atas bantuan yang diberikan kepada salah seorang penumpang mereka.
✈️
— Turkish Airlines (@TurkishAirlines) September 28, 2023
Heartfelt gratitude to Dr. Syazwani, a true hero on our Istanbul to Kuala Lumpur flight. When a fellow passenger fainted, Dr Syazwani came to the rescue. We are immensely proud of her courage and compassion. https://t.co/6aZ6oP3tTJ
Dr Syazwani Bersyukur Dapat Bantu Pesakit Dalam Kapal Terbang Turkish Airlines
Dalam hantaran yang dimuat naik oleh doktor itu sendiri di laman Facebook (Syazwani Jani), dia menceritakan beberapa ujian yang dihadapinya sebelum berlepas menaiki Turkish Airlines.
Selepas pelbagai ujian yang Allah beri, dengan kehilangan pasport, kecurian jam tangan. Allah masih datangkan kekuatan untuk ibu mengandung ini dalam membantu orang lain. Allah, hebat sungguh perancanganMu.
Dr Syazwani Jani.
Dalam pada itu, Dr Syazwani juga bersyukur kerana diberikan kenikmatan dan peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat.
Ku juga sangat-sangat bersyukur dengan sesungguhnya atas nikmat yang kau berikan. Dr Wani, sentiasa bersedia untuk membantu.
Dr Syazwani Jani.
Perkongsian kisah ini dapat memberi pengajaran kepada orang ramai bahawa apa jua perkara boleh berlaku tanpa disangka.
Sebelum ini, dua orang doktor dari Malaysia pernah melakukan perkara sama ketika berada dalam penerbangan Turkish Airline TK 060.
Dua orang doktor dikenali sebagai Dr Yazeed Yahaya bersama Dr Shalini telah memberi bantuan kepada dua penumpang dalam penerbangan sama yang mempunyai masalah kesihatan.
Artikel Berkaitan: Doktor Kongsi Cerita Menyentuh Hati Ketika ‘On Call’ Dalam Penerbangan Pulang Dari Istanbul
Sumber: X (Twitter @senalkaff) | Facebook Syazwani Jani
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.