Now Reading
“Saya Reda” – Kakak Neelofa & Engku Emran Sah Cerai Talak Satu

“Saya Reda” – Kakak Neelofa & Engku Emran Sah Cerai Talak Satu

Nabila menjelaskan bahawa penceraian kali ketiga dalam rumah tangga ini bukanlah sesuatu yang dirancang sebaliknya adalah satu ketentuan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hari ini (25 September 2023), Noor Nabila iaitu kakak kepada selebriti terkenal Neelofa telah disahkan bercerai talak satu dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada jam 12:51 tengahari tadi.

Nabila ketika dihubungi oleh media meluahkan perasaan reda dan dalam masa yang sama menyifatkan penceraian itu sebagai takdir yang sudah tertulis.

Alhamdulillah, saya bersyukur semuanya selesai dengan cara baik. Semua ini adalah takdir untuk dilalui dan saya mohon doa anda supaya saya dan anak diberi kekuatan untuk melalui saat sukar ini. Semoga Allah berikan ketenangan dan kebahagiaan dalam jiwa saya. Perpisahan ini bukan satu perjalanan mudah tapi saya reda dengan ketentuan-Nya.

Nabila.

Mengulas lanjut, Nabila turut berterima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan sokongan dari segi emosi serta mendoakan urusan penceraian ini dipermudahkan.


Penceraian Kali Ketiga Adalah Suatu Ketentuan – Nabila

Nabila turut menjelaskan bahawa penceraian kali ketiga dalam rumah tangga ini bukanlah sesuatu yang dirancang sebaliknya adalah satu ketentuan.

Jika seseorang itu bukan ditakdirkan untuk anda, berapa lama pun anda cuba bertahan dan berusaha, ia tidak akan menjadi milik anda. Apapun saya berharap dan berdoa supaya kita semua sentiasa dikurniakan kebaikan yang berlipat kali ganda, malah lebih dari apa yang kita impikan. Semoga Allah sentiasa menggerakkan hati kita kepada apa yang sememangnya tertulis untuk kita, bukan sebaliknya.

Nabila.

Sebelum ini, dunia hiburan tempatan dikecohkan dengan isu rumah tangga melibatkan kakak kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa itu bersama Engku Emran yang dikatakan tidak berada dalam keadaan baik.

Malah, media di Indonesia pada Ogos tahun lalu juga telah mengeluarkan ura-ura mengatakan pasangan tersebut telah bercerai.

Artikel Berkaitan: Buang Foto Bersama, Media Indonesia Buat Laporan Dakwa Noor Nabila & Engku Emran Sudah Bercerai

Artikel Berkaitan: Engku Emran & Noor Nabila Masih Sebumbung, Video Jebat Jawab Persoalan Orang Ramai [Video]


Untuk rekod, Nabila dan Engku Emran telah mendirikan perkahwinan pada 19 Mac 2021.

Sebelum ini, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan beberapa selebriti terkini termasuklah pelakon Erra Fazira pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Engku Aleesya. Walau bagaimanapun, hubungan mereka tidak kekal lama dan bercerai pada 18 Februari 2014.

Kemudian, Engku Emran telah berkahwin pula dengan pelakon popular Indonesia iaitu Laudya Cynthia Bella pada September 2017 dan sekali lagi bercerai pada tahun 2020 tanpa dikurniakan cahaya mata.

Sumber: Harian Metro | Murai MY | Gempak


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd