Now Reading
ALIFE Gesa Semakan Semula Terhadap Cukai Hiburan Untuk ‘Live Show’ Di Wilayah Persekutuan

ALIFE Gesa Semakan Semula Terhadap Cukai Hiburan Untuk ‘Live Show’ Di Wilayah Persekutuan

ALIFE turut memaklumkan mereka telah berhubung dengan kerajaan termasuk Kementerian Kewangan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, dan Kementerian Komunikasi dan Ekonomi Digital bagi mengatasi isu ini.

cukai hiburan alife

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


ALIFE, selaku Persatuan Persembahan Langsung (Live Performance), menyeru supaya satu kajian menyeluruh dilakukan ke atas Cukai Hiburan sebanyak 25% terhadap Persembahan Langsung yang dikenakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Wilayah Persekutuan.

Dalam surat yang ditujukan kepada pihak berkuasa kerajaan, ALIFE menekankan keperluan tindakan segera ini adalah bagi mengelakkan kesan ekonomi dan memastikan kebolehlaksanaan industri persembahan langsung di rantau ini.

Jelas ALIFE, kadar Cukai Hiburan sebanyak 25% yang telah ditetapkan pada tahun 2001 dan dikemaskini terakhir pada tahun 2006 tidak lagi selari dengan landskap sosio-ekonomi semasa.

Industri persembahan langsung telah mengalami perkembangan yang ketara sejak dengan perubahan dalam sistem tiket menjadi salah satu punca. Penggunaan tiket elektronik (e-ticketing) dalam 95% acara yang dipermudahkan melalui aplikasi mudah alih dan e-mel telah menjadikan sistem tiket sedia ada tidak relevan lagi.

ALIFE.

Live Show Di Wilayah Persekutuan

ALIFE menerusi kenyataan sama menjelaskan bahawa industri persembahan langsung di Wilayah Persekutuan telah dibebaskan daripada cukai hiburan disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk Tahun Melawat Malaysia (2014), pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dari 2015 hingga 2018, usaha untuk meningkatkan pelancongan (2019), dan kesan wabak COVID-19 (2020 – 2022).

Kenaikan mendadak kadar Cukai Hiburan yang tinggi boleh membawa kepada kesan serius, terutamanya ketika banyak penerbit masih berada dalam proses pemulihan selepas hampir tiga tahun tidak dapat beroperasi semasa pandemik.

ALIFE menegaskan bahawa ekosistem persembahan langsung melibatkan puluhan ribu individu, termasuk artis (tempatan dan antarabangsa), tempat (teater, pusat konvensyen, tempat konsert), pembekal, promoter, dan pekerja.

Pendekatan cukai yang moden dan konsisten adalah penting untuk membolehkan industri ini bersaing dengan rakan sejawat di rantau ini. Perlu diingatkan, negara-negara jiran seperti Singapura dan Thailand mengenakan cukai hiburan 0% tetapi mengutip Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan Cukai Nilai Tambah (VAT) ke atas tiket. Kadar apa pun yang lebih tinggi daripada struktur cukai negara-negara ini akan mengurangkan daya saing Wilayah Persekutuan yang akan membawa kepada kesan kehilangan konsert, festival, dan persembahan antarabangsa.

ALIFE.

ALIFE Gesa Kerajaan Buat Penilaian Menyeluruh

ALIFE juga dalam masa yang sama memaklumkan pihak mereka telah berhubung secara aktif dengan kementerian kerajaan termasuk Kementerian Kewangan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, dan Kementerian Komunikasi dan Ekonomi Digital bagi mengatasi isu ini.

Jelas mereka, meskipun terdapat persetujuan sebulat suara bahawa cukai hiburan yang tinggi boleh mendatangkan kesan buruk kepada industri dan negara, keputusan yang tegas masih belum dicapai.

Untuk mengelakkan krisis yang akan berlaku dan menjaga industri persembahan langsung, ALIFE mendesak kerajaan untuk melakukan penilaian menyeluruh terhadap struktur Cukai Hiburan di Wilayah Persekutuan. Jika gagal bertindak dengan segera, ia boleh membawa kepada pembatalan acara, kerugian pendapatan yang besar bagi artis, penerbit, tempat, dan pekerja, malah merosakkan reputasi negara sebagai negara yang mesra perniagaan.

ALIFE.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd