Now Reading
Grab Bakal Beli foodpanda Di 7 Negara Termasuk Malaysia? Ini Respon Delivery Hero

Grab Bakal Beli foodpanda Di 7 Negara Termasuk Malaysia? Ini Respon Delivery Hero

Delivery Hero bagaimanapun menjelaskan bahawa pertimbangan pembelian untuk seluruh transaksi masih dalam perbincangan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (20 September 2023), Delivery Hero telah mengesahkan perbincangan berkenaan dengan potensi penjualan perniagaan dalam pasaran terpilih di Asia Tenggara.

Delivery Hero menerusi satu kenyataan rasmi memaklumkan tentang potensi penjualan perniagaan foodpanda dalam pasaran terpilih di Asia Tenggara yang merangkumi Singapura, Malaysia, Filipina, Thailand, Kemboja, Myanmar, dan Laos.

Perbincangan ini masih dalam peringkat awal dan tidak pasti serta ia tertakluk kepada pelbagai perkara yang terbuka sama ada ini akan membawa kepada perjanjian yang muktamad. Pertimbangan pembelian untuk seluruh transaksi masih dalam perbincangan.

Delivery Hero.

Mengulas lanjut, menurut kenyataaan sama, apa sahaja keputusan yang dicapai masih tertakluk pada kelulusan Supervisory Board sebelum dimuktamadkan.

Jika ditandatangani, transaksi ini dijangka akan tertakluk kepada beberapa syarat termasuk mendapatkan kelulusan-kelulusan regulasi yang diperlukan dalam bidang kuasa yang berkaitan.

Delivery Hero.

Delivery Hero Dalam Perbincangan Untuk Jual Perniagaan Di Asia

Sebelum ini, The Star melaporkan bahawa Delivery Hero sedang dalam perbincangan untuk menjual sebahagian perniagaannya di Asia.

Menurut The Star yang memetik Wirtschaftswoch, syarikat berpangkalan di Berlin itu ni boleh menjual perniagaannya di bawah jenama foodpanda di Singapura, Kemboja, Malaysia, Myanmar, Filipina, dan Thailand.

Pelabur syarikat penghantar makanan dalam talian tersebut turut menyambut baik laporan itu yang telah meningkatkan sahamnya sebanyak 13.5%.

Sumber: The Star | Delivery Hero | WirtschaftsWoche


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd