Now Reading
[Eksklusif] Yuna Dedah Jawapan Teka Teki Sama Ada Akan Pulang Ke KL Atau Tinggal Di Los Angeles

[Eksklusif] Yuna Dedah Jawapan Teka Teki Sama Ada Akan Pulang Ke KL Atau Tinggal Di Los Angeles

Yuna bagaimanapun mendedahkan kepada pihak TRP bahawa dia sendiri masih belum ada perancangan yang tepat buat masa ini.

YUNAVERSE live in KL

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Nama Yunalis Zarai iaitu penyanyi kelahiran Malaysia yang menetap di Amerika Syarikat (AS) dilihat terus melakar nama di persana seni antarabangsa. Meskipun figura umum ini sudah berpindah ke Los Angeles sejak tahun 2011, namun kejayaan yang ditempa masih membuatkan rakyat Malaysia berbangga dengannya.

Jika sebelum ini, wajah Yuna pernah menghiasi billboard di Times Square, New York sebanyak dua (2) kali iaitu pada tahun 2016 dan juga pada tahun 2019 ketika pelancaran album Rogue.

Yuna pada ketika itu meluahkan rasa terharu dan berbangga apabila dipilih menjadi wajah kepada seluruh Asia oleh aplikasi muzik Spotify bersempena kempen bulan Warisan Asia Amerika dan Kepulauan Pasifik.

Tidak terhenti di situ, Yuna juga pernah menjadi muka depan majalah fesyen terkenal Singapura iaitu Vogue Singappore. Dia telah terpilih untuk menjadi ‘cover girl’ majalah fesyen antarabangsa itu bagi keluaran bulan April 2021.

Edisi tersebut membawakan tema “rhythm”.

Sebelum ini, penyanyi kelahiran Alor Setar, Kedah itu juga pernah menghiasi liputan fesyen dalam majalah antarabangsa yang lain seperti Vogue Arabia, InStyle dan Nylon.

Dan apa yang kami boleh katakan adalah, Yuna tanpa henti telah membanggakan negara Malaysia apabila berjaya menempatkan dirinya dalam majalah fesyen berprofil tinggi antarabangsa.

Kuddos, Yuna.

Baca Artikel Berkaitan: Syabas! Yuna Jadi Artis Muka Depan Majalah Vogue Singapore

Baca Artikel Berkaitan: “Ini Berkat Doa Ibu”- Yuna Luah Rasa Teruja Wajah Terpampang Di Kota New York Lagi


Rakyat Malaysia Persoal Adakah Yuna & Suami Akan Pulang Ke Malaysia (for good)?

Umum sedia maklum, penyanyi berusia 36 tahun ini telah mula menetap di Los Angeles (LA) pada tahun 2011 dan kebanyakan peminatnya di Malaysia tertanya-tanya sama ada beliau dan suami memiliki perancangan untuk berpindah semula ke Kuala Lumpur, Malaysia, ataupun akan kekal menetap di LA selamanya?

Adakah Yuna akan menetap di LA selamanya ataupun ada perancangan untuk kembali ke KL?

“Saya betul-betul tak tahu, saya pun masih tertanya dengan diri sendiri sejak hari pertama saya berpindah ke LA. Adakah saya akan berada di sini dalam jangka masa yang singkat, ataupun lebih lama?

“Lepas itu bila dah ada kat LA, I thought to myself – okay I like it here. Tapi saya akan cuba untuk balik KL setiap tiga bulan untuk berjumpa dengan keluarga,” jelas Yuna kepada TRP.

Walau bagaimanapun, Yuna memberitahu bahawa berada di LA membuatkannya merasa seperti berada di KL.

“It feels like I’m home, whenever I’m in LA,” kata Yuna.

Situasi tersebut membuatkan Yuna dan suami amat menyukai kehidupan mereka di Los Angeles sekaligus belum mempunyai perancangan untuk berpindah semula ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat.

“Bercakap tentang kerja, saya mendapat lebih banyak peluang pekerjaan ketika di Los Angeles dan pada ketika ini saya sangat aktif bekerja dengan industri muzik di Amerika,” jelas Yuna.

Yuna bagaimanapun mengatakan perancangan jangka masa panjang adalah untuk pulang ke tanah air sendiri kerana Malaysia adalah negara yang paling disukai olehnya walaupun dia dan suami (Adam Sinclair) sedang menetap di Amerika Syarikat pada ketika ini.

“Malaysia adalah tempat paling best untuk settle down (obviously),” ujar Yuna kepada TRP.


YUNAVERSE di Kuala Lumpur, 22 Oktober 2023

Tarikh 22 Oktober 2023 merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh #YUNATIONS dan kesemua peminat Yuna di Malaysia selepas penyanyi terkenal ini mengumumkan bakal mengadakan konsert YUNAVERSE di Kuala Lumpur.

Baca Artikel Berkaitan: Yuna Umum Konsert ‘YUNAVERSE’ Live In Kuala Lumpur 22 Oktober 2023. Harga Tiket Bermula RM99!

Yuna Live In KL ini akan berlangsung di Mega Star Arena, Sungei Wang, Kuala Lumpur pada jam 8:30pm. Untuk pemilihan lokasi konsert kali ini, Yuna menjelaskan bahawa Sungei Wang merupakan tempat yang sangat istimewa buat dirinya kerana ia adalah sebahagian besar daripada zaman kanak-kanaknya.

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Konsert YUNAVERSE Diadakan Di Sungei Wang? Yuna Beri Penjelasan Sebenar


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd