Now Reading
Peniaga Dikecam Jual Telur Dadar ‘Premium’ Harga RM13, Katanya Ada Bahan Istimewa

Peniaga Dikecam Jual Telur Dadar ‘Premium’ Harga RM13, Katanya Ada Bahan Istimewa

Menurutnya, harga telur dadar ‘premium’ itu dinaikkan daripada RM8 kepada RM13 kerana peningkatan kos bahan mentah.

telur dadar premium rm13

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, kos bahan mentah di negara kita sudah makin meningkat dan menyebabkan harga makanan juga terpaksa dinaikkan lebih-lebih lagi untuk menampung perbelanjaaan perniagaan.

Baru-baru ini, seorang peniaga wanita menjadi perhatian di media sosial apabila mendedahkan harga jualan bagi menu telur dadar ‘premium’ adalah RM13.

Harga berkenaan membuatkan ramai yang tidak berpuas hati kerana menganggap menu tersebut tidak sepatutnya semahal itu.


Peniaga Perjelas Kenapa Jual Telur Dadar RM13

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok (@daniasedek), peniaga wanita tersebut memberi penjelasan mengapa dia menjual hidangan telur dadar ‘premium’ itu dengan harga RM13.

Difahamkan, harga telur dadar yang diberi nama ‘Omelette Thai With Prik Na Pla’ sebelum ini adalah RM8 tetapi terpaksa dinaikkan ekoran dari kenaikan harga kos bahan mentah.

Jelasnya lagi, harga sedemikian ditetapkan kerana mengambil kira bahan-bahan lain yang dimasukkan di dalam telur dadar seperti tiga biji telur grad A, sos ikan, taugeh, cili dan lain-lain.

Uish kalau ada lauk dalam telur dadar, tak boleh letak RM13. Insya-Allah harga mampu milik untuk semua orang. Jangan tengok harga tapi tengok apa yang diletakkan dalam telur dadar.

Peniaga.

Bukan itu sahaja, minyak masak yang digunakan untuk memasak setiap telur dadar dipercayai diganti dengan yang baharu.

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 1.6 juta tontonan ketika artikel ini ditulis.

@daniasedek

Replying to @. Insyallah lepas saya dh kire semua kos & timbang semua perkara , Ini adalah harga terbaik untuk kepuasan pelanggan. Bagi yang suke dengan Omellete special, Pastu akan menyukai dan berpuas hati dengan Omelette Thai With Prik Nam Pla bersama Taugeh Ipohh…

♬ original sound – Dania Sedek – Dania Sedek

Netizen Tak Puas Hati Dengan Harga Telur Dadar RM13

Di ruangan komen, rata-rata netizen menunjukkan rasa ketidakpuasan hati dengan harga RM13 yang ditetapkan untuk menu hidangan telur dadar ‘premium’.

Malah, netizen juga berpendapat bahawa harga telur dadar berkenaan agak keterlaluan dan tidak sesuai untuk dijual jika berada di bukan kawasan tumpuan.

Mereka juga berpendapat harga sedemikian itu hampir sama dengan jumlah harga untuk hidangan lengkap bersama nasi putih, tomyam dan minuman.

Sumber: TikTok

Setiap peniaga ada strategi masing-masing untuk berniaga dan meraih pelanggan. Tidak dinafikan harga RM13 untuk hidangan telur dadar ‘premium’ agak mahal.

Tetapi jika anda mahu mencuba sendiri hidangan ini, apa salahnya.

Sumber: TikTok Dania Sedek


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd