Now Reading
[Video] Sanusi Didakwa ‘Tayang’ Kertas Undi, Netizen Mula Persoal Tindakan Menteri Besar Kedah Ini

[Video] Sanusi Didakwa ‘Tayang’ Kertas Undi, Netizen Mula Persoal Tindakan Menteri Besar Kedah Ini

Semakan di atas akta berkaitan mendapati Muhammad Sanusi telah melakaukan kesalahan di bawah Perkara (39) di mana kesalahan itu boleh dihukum penjara sehingga setahun, denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya.

sanusi menteri besar kedah tayang kertas undi

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hari ini, 12 Ogos merupakan hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan.

Oleh itu, rakyat di keenam-enam buah negeri tersebut bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang hari ini dilihat turun padang untuk melunaskan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk memilih wakil rakyat.

Walau bagaimanapun, beberapa insiden tidak diingini telah berlaku bermula seawal pagi tadi di mana pengundian di Paya Terubong ditangguhkan selepas peti undi didakwa tidak berkunci, manakala seorang wanita di Kedah meluahkan kekecewaan di Facebook apabila tidak dapat mengundi kerana mendakwa kad pengenalan miliknya diguna individu lain.

Macam-macam hal pula berlaku hari ini.

Artikel berkaitan: PRN2023: Pengundian Di Paya Terubong Ditangguh Selepas Peti Undi Didakwa Tidak Berkunci

Artikel berkaitan: PRN: “Pengundi Hantu Itu Wujud” – Wanita Di Kedah Kecewa Tak Dapat Mengundi, Dakwa IC Diguna Individu Lain

Tidak terhenti di situ sahaja, baru-baru ini dikhabarkan bahawa Menteri Besar Kedah iaitu Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor didakwa telah melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 selepas dengan sengaja menayang kertas undi miliknya kepada petugas media yang berada di kawasan tersebut.

Menurut ciapan oleh seorang pengguna Twitter (X), Muhammad Sanusi dengan jelasnya mempamerkan pilihan yang dipangkah di atas kertas undi itu sebelum memasukkannya ke dalam kotak undi.

“Manusia terdiri dari dua jenis orang. Orang bijak yang tahu mereka bodoh, dan orang bodoh yang menganggap mereka bijak,” ciapnya menerusi laman X.


Sanusi Buat Kesalahan Di Bawah Perkara (39)

Menerusi laporan Awani, semakan di atas akta berkaitan mendapati Muhammad Sanusia telah melakukan kesalahan di bawah Perkara (39) yang menyebut, “Tiada pemilih yang telah mengundi dalam mana-mana pilihan raya boleh, dalam mana-mana prosiding yang mempersoalkan pilihan raya itu, dikehendaki menyatakan siapa yang telah diundinya.”

Oleh yang demikian, kesalahan itu boleh dihukum penjara sehingga setahun, denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya.


Netizen ‘Hentam’ Tindakan Sanusi.

Tindakan Muhammad Sanusi tidak dinafikan telah meraih perhatian ramai warganet di mana mereka meluahkan ketidakpuasan hati terhadap kelakuan Menteri Besar Kedah tersebut.

Walau bagaimanapun, penjelasan lanjut daripada pihak Muhammad Sanusi dan SPR masih belum dikeluarkan.

Pihak TRP akan mengemas kini artikel ini sejurus penjelasan dikeluarkan.

Untuk rekod, Muhammad Sanusi bukanlah ahli politik pertama yang berbuat demikian. Sebelum ini Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan juga pernah mempamerkan kertas undinya kepada media sewaktu Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau pada 2019.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd