Now Reading
Wanita Melayu Islam Pertama Dipilih Jadi Model Pakaian Dalam Victoria’s Secret Undang Pelbagai Reaksi

Wanita Melayu Islam Pertama Dipilih Jadi Model Pakaian Dalam Victoria’s Secret Undang Pelbagai Reaksi

Nia Atasha merupakan wanita Melayu beragama Islam yang pertama di Asia dipilih sebagai model untuk memperagakan pakaian dalam jenama Victoria’s Secret.

Wanita Melayu Islam Pertama Dipilih Sebagai Model Jenama Victoria's Secret Undang Pelbagai Reaksi Or

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Nama seorang pelakon dan model Malaysia iaitu Nia Atasha Rosli atau dipanggil sebagai Nia Atasha menjadi perbualan hangat apabila wanita ini buat pertama kalinya dipilih menjadi model untuk jenama pakaian dalam wanita.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya (@sleppylllama), Nia dengan terujanya mengumumkan tentang penglibatannya selepas dipilih untuk menjadi model bagi jenama Victoria’s Secret.

Dia juga menunjukkan beberapa gambar suasana ketika berada di set penggambaran bagi video kempen untuk mempromosikan barangan keluaran terbaharu jenama Victoria’s Secret.


Nia Atasha Luah Rasa Teruja Dipilih Sebagai Model Untuk Jenama Victoria’s Secret

Memetik dari temu bual bersama EH Malaysia!, Nia meluahkan rasa teruja apabila impiannya untuk menjadi wajah bagi jenama Victoria’s Secret kini sedang menjadi kenyataan.

Tambahnya lagi, dia berasa sangat bertuah kerana dipilih menjadi wanita Melayu pertama di Asia sebagai model bagi memperagakan koleksi ‘T-shirt Bra’ jenama itu.

Sejujurnya, ini adalah satu penghormatan buat saya kerana ini adalah peluang yang sangat besar untuk saya. Saya selalu mengimpikan untuk menjadi model atau terlibat dalam kempen Victoria’s Secret sejak mula terlibat dalam industri permodelan.

Nia Atasha.

Poster kempen terbaharu itu yang mempamerkan wajah Nia akan dipaparkan pada papan iklan Victoria’s Secret di seluruh cawangan Malaysia dan juga antarabangsa.

Turut menjadi model dalam kempen yang sama adalah peserta Miss Universe Malaysia 2018 iaitu Jane Teoh dan pelakon Thailand Janie Tienphosuwan.


Nia Atasha Sebagai Model Pakaian Dalam Victoria’s Secret Terima Pelbagai Reaksi Dari Orang Ramai

Jika dilihat di ruangan komen hantaran yang dimuat naik oleh Nia di laman Instagram miliknya, ramai yang memberi ucapan tahniah dan turut gembira dengan kejayaan dikecapi oleh wanita berusia 27 tahun ini.

Namun berbeza pula reaksi yang diterima di laman Twitter selepas perkara ini dimuat naik di laman akaun (@BMVFM).

Boleh dikatakan pelbagai reaksi diberikan oleh netizen selepas mengetahui Nia diangkat sebagai model wanita Islam Melayu pertama di Asia bagi jenama pakaian dalam Victoria’s Secret.

Segelintir netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan perkara itu kerana menganggap wanita Islam tidak sepatutnya memperagakan pakaian dalam secara terbuka dengan mendedahkan aurat mereka.

Ada pula yang memberi nasihat supaya tidak cepat menghukum perbuatan Nia itu dan mendoakan agar model tersebut diberikan hidayah oleh Allah SWT pada masa akan datang.


Siapa Sebenarnya Nia Atasha?

Nia Atasha merupakan graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) berkelulusan ijazah dalam jurusan rekaan grafik.

Kerjayanya dalam industri permodelan bermula selepas tamat sekolah menengah dan mula menceburkan diri dalam drama pertama lakonannya bertajuk Inikah Dikatakan Cinta arahan Jurey Latiff Rosli.

Sumber: Instagram @sleppylllama

Selain bergelar model, Nia juga pernah berlakon dalam beberapa drama filem tempatan seperti:

  • Budang Tebing 3
  • Kuasa
  • IMperfect
  • Ceroboh
  • Gila Gusti
  • Life Lila

Di samping pernah menjadi wajah pada muka halaman majalah GLAM Lelaki, Nia juga pernah terlibat dalam pelbagai jenama bagi memperagakan barangan mereka termasuklah:

  • Calvin Klein
  • Dior
  • Louis Vuitton
  • Bonia
  • Shiseido
  • Gucci
  • Chanel

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd