Now Reading
Diana Danielle Fail Permohonan Cerai Terhadap Farid Kamil

Diana Danielle Fail Permohonan Cerai Terhadap Farid Kamil

Permohonan cerai berkenaan telah disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Selangor, sekitar pagi tadi.

diana danielle farid kamil

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Hari ini (20 Mac), industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita di mana seorang pelakon terkenal, Diana Danielle, 32, dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil Zahari atau lebih dikenali sebagai Farid Kamil.

Menurut laporan Utusan, permohonan cerai itu dilakukan pada awal bulan Mac lalu kerana menurut Diana tiada lagi persefahaman di antara mereka dan berlaku shiqaq iaitu perbalahan berpanjangan di antara pasangan suami isteri ini.

Permohonan cerai berkenaan telah disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Selangor, sekitar pagi tadi. Farid Kamil, 42, bagaimanapun tidak mahu melafazkan cerai terhadap isterinya.

Kedua-dua pasangan berkenaan difahamkan tidak lagi tinggal serumah buat masa ini.


Hakim Minta Farid Kamil dan Diana Danielle Jalani Proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Oleh yang demikian, Hakim Syarie Shukran Yusof telah meminta agar kedua-dua mereka untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Sebutan permohonan penceraian tersebut kemudiannya ditetapkan semula pada 28 Mac.

Untuk rekod, kedua-dua pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua anak iaitu Muhammad, 10, serta Aurora, 8.


Apa Itu Shiqaq?

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa maksud Shiqaq menurut istilah fiqh adalah perselisihan suami isteri yang diselesaikan dua orang hakam, iaitu seorang hakam dari pihak suami dan seorang hakam dari pihak isteri. Perselisihan suami isteri biasanya terjadi disebabkan oleh pihak isteri yang nusyuz.

Menurut tokoh islam terkenal Rasyid Ridha, shiqaq adalah perselisihan antara suami dan isteri, perselisihan ini mungkin disebabkan kerana isteri nusyuz atau mungkin juga kerana suami berbuat kejam atau aniaya yang mendatangkan dharar (mudarat) kepada isterinya.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd