Banjir Johor: Abang Salleh Terima Pujian Atas Bantuan ‘Berani Mati’ Hulur Makanan Buat Mangsa
Bandar yang terjejas teruk ialah Chaah yang dilaporkan telah “bertukar menjadi pulau” kerana jalan masuk telahpun ditenggelami air.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Ungkapan “Not all heroes wear capes” sememangnya terbukti terutamanya semasa berlaku bencana dan kesusahan. Antara contoh terbaharu dapat dilihat adalah menerusi video yang baru sahaja tular di media sosial baru-baru ini.
Sebuah video di TikTok menunjukkan tindakan ‘berani mati’ seorang individu yang dikenali sebagai “Abang Salleh”, yang dilihat sanggup melawan arus deras banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Chaah di Johor untuk mengambil bekalan makanan buat mangsa yang terkesan.
Menerusi video tular itu, terbukti dia dilihat berhempas pulas untuk terus bertahan dan tidak hanyut dibawa arus deras.
Video itu adalah salah satu klip video yang dikongsi di media sosial menunjukkan situasi banjir di Johor pada ketika ini. Hujan berterusan menyebabkan telah air naik di beberapa bahagian di negeri itu yang membawa kepada pengaktifan pusat pemindahan.
@zurainiswarno Unsung Hero Abg Salleh . Sampai muka pun tak berdaya nak bertahan kat arus tu utk bg bantuan makanan org2 kat PPS . Dari air parat betis sampai dah paras pinggang . Arus kuat sangat 😭 Allaahhuuu 😭 #Chaahbanjir #KgJawaBaruChaah #banjir2023 #johordarultakzim🔴🔵 ♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama
Bandar yang terjejas teruk ialah Chaah yang dilaporkan telah “bertukar menjadi pulau” kerana jalan masuk telahpun ditenggelami air.
Perkara itu telah menyukarkan agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk berhubung dengan mangsa banjir. Walau bagaimanapun, media sosial pada ketika ini telah mula dibanjiri dengan permintaan bantuan daripada mangsa-mangsa banjir di Johor.
Menurut Penolong Pesuruhjaya Bomba Mohd Rizal Buang yang merupakan pemangku pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, kebanyakan permintaan bantuan berhubung situasi banjir pada ketika ini datang dari Chaah.
Banyak panggilan yang diterima adalah daripada keluarga yang terkandas di kawasan itu.
pls anyone.. mana2 pihak berkuasa.. send help.. these people will be sleeping tanpa bekalan elektrik tonight.. if boleh hantar selimut or any kain tebal (antara benda penting) and any other important stuffs, that would be such a great help.
— demako (@amirulsuaif) March 1, 2023
PPS SMK SERI BALI, CHAAH, JOHOR. pic.twitter.com/ySSoLrl1XC
RT please!
— syafique shuib (@syafique) March 1, 2023
(Info from @evvvvvvvvvvvv as her family in Chaah is affected) pic.twitter.com/Yk6elqM1ZQ
Keadaan di sekitar Chaah, Segamat. Semoga urusan mangsa-mangsa banjir di Chaah, Segamat dipermudahkan. Jaga diri semua! #PekaAmaran#PatuhArahan#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama pic.twitter.com/k8iEbBUvGU
— NADMA Malaysia (@mynadma) March 1, 2023
Buat mangsa yang terkandas, mereka tiada pilihan lain selain bertenang dan bersabar sambil menunggu bantuan tiba.
Mohd Rizal menyatakan bahawa mereka disertai oleh pasukan dari Pahang, Kuala Lumpur, Melaka, dan Negeri Sembilan, serta 60 anggota dan pegawai Pintar (Pasukan Bantuan dan Menyelamat Bencana Khas Malaysia) dalam operasi menyelamat.
Pasukan Bomba dan Penyelamat Johor sendiri mempunyai 300 orang, seperti dilaporkan The Star.
Untuk rekod, banjir di Johor dilaporkan sudah meragut satu nyawa.
BACA LANJUT: Johor Floods: Man Killed As Car Swept Away
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.