Now Reading
Majlis Bandaraya Ipoh Nafi Dakwaan Berlaku Tanah Runtuh Di Pembangunan Waterfront City

Majlis Bandaraya Ipoh Nafi Dakwaan Berlaku Tanah Runtuh Di Pembangunan Waterfront City

Pihak pemaju telah membuat laporan polis berhubung dakwaan palsu mengatakan berlakunya tanah runtuh di kawasan pembangunan perumahan Waterfront City di Lahat Mines, Perak.

Majlis Bandaraya Ipoh Nafi Dakwaan Tanah Runtuh Di Perumahan Waterfront City

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Terdahulu, tular satu video di media sosial yang mendakwa berlakunya satu kejadian tanah runtuh di kawasan pembangunan perumahan sekitar Waterfront City di Lahat Mines, Ipoh, Perak.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@cikguchandra), lelaki itu mendakwa dia terlihat satu kawasan tanah berhampiran sebuah tasik yang dipercayai telah terhakis.

Menurut lelaki itu, kawasan perumahan tersebut dibina di atas sebuah tasik buatan yang dimiliki oleh Majlis Bandaraya Ipoh, Perak.

Malah, dia juga mendakwa tanah runtuh yang berlaku boleh menyebabkan kejadian hampir sama yang berlaku di Ampang terjadi di kawasan tersebut.

Kemungkinan besar disebabkan tanah runtuh yang semakin menjadi-jadi, perumahan ini akan runtuh seperti mana yang berlaku di Ampang. Jadi, siapa yang akan bertanggungjawab terhadap perkara ini?

Pengguna TikTok.

Video berkenaan telah mendapat 54,900 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.


Majlis Bandaraya Ipoh Buat Laporan Polis Berhubung Video Dakwaan Tanah Runtuh Di Waterfront City

Susulan tularnya video di TikTok itu, pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tampil menepis dakwaan tersebut yang mengatakan berlakunya tanah runtuh di kawasan pembangunan perumahan Waterfront City di Lahat Mines, Perak.

Pihak mereka juga telah membuat laporan polis terhadap pemilik akaun TikTok berkenaan bagi membersihkan nama syarikat.

Pemaju sudah membuat laporan polis berhubung kenyataan palsu yang dibuat kerana ia boleh menjejaskan nama syarikat dan penjualan mereka. Dakwaan berlakunya tanah runtuh itu adalah tidak benar.

Jurucakap Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
https://www.bharian.com.my/amp/berita/kes/2023/02/1070068/mbi-nafi-dakwaan-berlaku-tanah-runtuh-di-waterfront-city
Sumber: TikTok @cikguchandra

Memetik laporan Berita Harian, jurucakap MBI memaklumkan rekahan kecil tanah yang berlaku di kawasan pembangunan itu akan dipulihkan semula secara berperingkat berikutan projek berkenaan juga yang masih dijalankan.

Pihak syarikat yang terlibat telah melantik konsultan bagi mendapatkan nasihat berkaitan kerja-kerja pembaikan serta pemulihan cerun yang sesuai untuk dilaksanakan.

Antara teknik penjagaan cerun yang dicadangkan adalah seperti ‘Hydroseeding Centrosema Pubescens’, ‘Berm Drain’, ‘Casket Drain’, ‘Pump Sump’, ‘Water Discharge System’ dan pembinaan parit saliran yang sesuai bagi pengaliran air untuk mengelak hakisan tanah daripada berlaku semula.

Jurucakap Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Sehingga kini, pembinaan tersebut sedang dijalankan dan begitu juga dengan pembangunan pemajuan yang telah diluluskan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd