Now Reading
Syazlin Zainal Maut Setelah Jatuh Dari Tingkat 22

Syazlin Zainal Maut Setelah Jatuh Dari Tingkat 22

Syazlin Zainal dilaporkan meninggal dunia di Johor pada 10 November 2022.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum tentang berita pemergian seorang pelakon dan pempengaruh (influencer) iaitu Syazlin Zainal, 26, semalam (10 November).

Menurut laporan, Syazlin dikatakan meninggal dunia di Johor.

Berita pemergian Syazlin itu pada asalnya dikongsikan oleh seorang rakannya menerusi Instagram Story (IGS) @Zeatyalia, malam semalam.

BACA LANJUT: “I Lost My Friend” – Rakan Kepada Pelakon & Influencer Umum Syazlin Zainal Meninggal Dunia

Syazlin Zainal Maut Jatuh Tingkat 22 Pangsapuri

Pihak polis telah mengesahkan bahawa Syazlin maut akibat terjatuh daripada tingkat 22 di sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bahru, 10 November.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat menjelaskan bahawa pihaknya mendapat maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 12.50 tengah hari.

Panggilan awam tersebut memaklumkan mereka telah menemukan mayat seorang wanita di bahagian bawah pangsapuri itu.

Hasil siasatan mendapati wanita berkenaan adalah seorang warga tempatan berusia 26 tahun dan bekerja sebagai seorang pelakon sambilan. Sebab kematian adalah jatuh dari tingkat 22 pangsapuri dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat.

Kematian Syazlin Tiada Unsur Jenayah

Walau bagaimanapun, siasatan awal polis tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Bagaimanapun, orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menghulurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mat Nawi Ab. Rahman di talian 016-5050808.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat.

Proses bedah siasat masih lagi dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik HSA dan jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkhuburan Islam Kassim Noor, Kampung Sungai Danga, Johor Bahru.

Untuk rekod, Allahyarham Syazlin Zainal merupakan anak bongsu daripada lima beradik dan anak perempuan tunggal dalam keluarganya.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd