Now Reading
‘Iron Lady’ Tukar Lampu Di Puncak Menara Berkembar KLCC Buat Ramai Kagum

‘Iron Lady’ Tukar Lampu Di Puncak Menara Berkembar KLCC Buat Ramai Kagum

Pekerja wanita dikenali sebagai ‘Iron Lady’ itu ditugaskan untuk menukar lampu di puncak Menara Berkembar Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

'Iron Lady' Tukar Lampu DI Puncak Menara Berkembar KLCC Buat Ramai Kagum

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Menara Kuala Lumpur City Centre (KLCC) merupakan mercu tanda kebanggaan rakyat Malaysia dan sering menjadi lokasi tumpuan pelancong.

Pelancong asing yang datang ke Malaysia tanpa melawat bangunan pencakar langit memang tak lengkap percutian mereka.

Mercu tanda paling ikonik di Malaysia ini tiada tandingannya. Kalau tengok waktu malam memang lagi terpesona!

Pekerja Wanita Berani ‘Panjat’ Puncak Menara KLCC

Baru-baru ini, tular satu video dimuat naik oleh seorang jurugambar di laman TikTok miliknya (@siva_wwc6) menunjukkan keberanian seorang pekerja wanita yang digelar sebagai ‘Iron Lady’ memanjat puncak Menara Berkembar KLCC.

Dalam video tersebut, ‘Iron Lady’ itu tanpa teragak-agak memanjat keluar dari mercu tanda tersebut yang berketinggian 88 tingkat dengan memakai alat keselamatan.

Difahamkan, wanita berkenaan ditugaskan untuk melakukan kerja yang agak mencabar iaitu menukar lampu di puncak menara bangunan tersebut.

Sumber: TikTok/@siva_wwc6

Memang tabik betul dengan ‘Iron Lady’ ini. Dia siap boleh lambai dan senyum melihat kamera ya!

Video tersebut mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 1.6 juta tontonan dalam tempoh kurang dari 24 jam ia dimuat naik sejak semalam (31 Oktober).

NOTA KAKI: Aksi ini hanya boleh dilakukan oleh golongan profesional sahaja.

Keberanian ‘Iron Lady’ Dikagumi Ramai

Menjengah ke ruangan komen, boleh dikatakan ramai yang mengagumi keberanian wanita ini melakukan tugas yang agak mencabar itu.

Ramai yang berpeluh dan gementar melihat aksi wanita itu di dalam video tersebut.

Berjalan di atas lantai kaca di Menara Kuala Lumpur pun sudah gayat, ini kan pula berada di luar bangunan setinggi 88 tingkat.

Siapa kata perempuan tak boleh jadi hebat? Ini buktinya! Semoga ‘Iron Lady’ ini terus maju jaya dan membuktikan kepada dunia wanita juga boleh menyahut cabaran.

BACA JUGA: Wanita Bekerjaya Tak Boleh Urus Keluarga? Siapa Kata?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd