Now Reading
Onani Sambil Bau Pakaian Dalam Wanita, Lelaki 62 Tahun Ditahan Polis

Onani Sambil Bau Pakaian Dalam Wanita, Lelaki 62 Tahun Ditahan Polis

Lelaki itu dilihat mencium bau pakaian dalam wanita sambil melakukan perbuatan onani di sebalik jemuran baju di sebuah Flat Sri Sentosa, Puchong.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Tular satu video di media sosial apabila seorang lelaki dilihat membuat perkara tidak senonoh dengan pakaian dalam wanita yang dijemur di luar kawasan rumah.

Perbuatan mencium bau pakaian tersebut sambil melakukan perbuatan onani di sebalik jemuran baju berjaya dirakam oleh salah seorang jiran mangsa menerusi tingkap rumah di sebuah Flat Sri Sentosa, Puchong.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor memaklumkan pihak mereka menerima aduan berhubung kejadian itu pada hari yang sama.

Jiran mangsa juga kemudiannya terus menghubungi mangsa bagi memaklumkan perbuatan tidak senonoh lelaki tersebut.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor.

Suspek sudah ditangkap polis

Hasil risikan dari pasukan polis dari Bahagian Risikan Jenayah (D4) Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields memaklumkan suspek lelaki warga tempatan berusia 62 tahun telah ditahan di tempat tinggalnya sekitar Puchong.

Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan mengaibkan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955. Permohonan reman juga akan dibuat hari ini (15 Mac).

Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan jenayah yang melanggar undang-undang di Malaysia dan diminta untuk segera membuat laporan di balai polis berdekatan sekiranya terlihat sebarang kejadian berlaku.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd