Now Reading
Remaja 19 Tahun Guna Hasil Gaji Cipta Konten Di YouTube Demi Capai Impian Miliki ‘Camper Bus’

Remaja 19 Tahun Guna Hasil Gaji Cipta Konten Di YouTube Demi Capai Impian Miliki ‘Camper Bus’

Amira merealisasikan impiannya untuk memiliki ‘rumah bergerak’ dilengkapi dengan ruang rehat, tempat tidur dan dapur setelah membeli sebuah bas lelong.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Zaman sekarang ini, orang putih kata “If you want it, you’ll work for it”.

Tak kisahlah umur masih muda, ataupun wang simpanan masih belum mencukupi untuk memiliki sesuatu, namun yang penting usaha. Usaha untuk bekerja lebih keras bagi mencapai impian yang diidamkan.

Jangan cepat give-up, okay?


Kisah Gadis Miliki ‘Camper Bus’.

Baru-baru ini, satu berita tular di mana seorang gadis berusia 19 tahun iaitu Nur Amira Syahira berjaya memiliki sebuah Camper Bus setelah membelanjakan wang puluhan ribu ringgit daripada hasil pendapatannya sebagai pencipta kandungan/konten di YouTube.

Dia juga dikatakan sudah berjinak di saluran YouTube sejak berumur 8 tahun.

Sumber: Bernama

Amira merealisasikan impiannya untuk memiliki ‘rumah bergerak’ dilengkapi dengan ruang rehat, tempat tidur dan dapur setelah membeli sebuah bas lelong.

Menurut laporan Bernama, bas jenama Hino berusia 19 tahun tersebut mempunyai 23 tempat duduk yang dibelinya dalam satu jualan lelong pada Januari tahun lalu.

Bas itu juga mempunyai kipas pengudaraan dan generator yang berfungsi menjana tenaga elektrik serta ruang penyimpan kargo bermodal sekitar RM10,000 hingga RM15,000.

Saya lebih mementingkan kemudahan dalam bekerja berbanding memenuhi kehendak untuk bergaya. Kemudahan ini turut memberi lebih peluang untuk saya meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Nur Amira Syahira menerusi Bernama.
Sumber: Bernama

Amira turut menjelaskan bahawa walaupun bas itu sudah berusia 19 tahun, namun binaan dan enjinnya masih dalam keadaan elok. Malah, semua proses pengubahsuaian hanya mengambil masa setahun untuk siap sepenuhnya pada Disember 2021.

Saya mendapatkan khidmat nasihat daripada syarikat perunding sebagai rujukan supaya segala proses pengubahsuaian boleh dilakukan tanpa melanggar undang-undang jalan raya. Saya juga gemar susun atur yang ringkas, kemas dan sedap mata memandang. Malah, setiap dekorasi dalamannya hasil cita rasa saya selepas memperoleh idea daripada YouTube.

Nur Amira Syahira menerusi Bernama.

Mengulas lanjut, Amira berkata kenderaan tersebut bukan sahaja memudahkannya bergerak dengan cepat dan selamat, bahkan menjimatkan kos penginapannya.

Saya kerap mengembara bagi membuat rakaman untuk kandungan YouTube. Sebelum ini, saya perlu menyewa hotel atau homestay yang tentunya memerlukan kos besar. Lagipun inilah masanya saya menghabiskan masa bersama keluarga selain dapat mengurangkan risiko daripada terkena Covid-19 yang semakin menular.

Nur Amira Syahira menerusi Bernama.

Untuk rekod, Amira kini mempunyai hampir 2.7 juta pengikut di YouTube dan 1.4 juta pengikut di TikTok.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd