Now Reading
[Video] Tular Lori Tangki Guna Lorong Kecemasan, Pemandu Telah Serah Diri

[Video] Tular Lori Tangki Guna Lorong Kecemasan, Pemandu Telah Serah Diri

Pihak polis turut menjelaskan sembilan pemilik kenderaan lain turut dikesan menggunakan lorong kecemasan untuk memotong barisan namun masih belum tampil menyerah diri selepas video berdurasi 43 saat tular.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Satu kejadian di Port Dickson, Seremban telah tular menerusi sebuah video yang menunjukkan sebuah lari tangki memotong barisan dengan menggunakan lorong kecemasan.

Video tular kejadian itu telah dirakamkan menerusi dashcam sebuah lori lain yang pada ketika itu tersangkut dalam kesesakan lalu lintas yang sama.

BACA LANJUT: [Video] Tular Lori Tangki Guna Lorong Kecemasan, Pemandu Kini Diburu Polis

Sejurus tularnya video tersebut, pihak polis menerusi satu kenyataan meminta pemandu atau pemilik kenderaan berkenaan hadir ke Balai Trafik Port Dickson untuk siasatan lanjut.


KEMAS KINI: Pemandu serah diri

Terbaharu, pemandu lori tangki yang memandu terbabit telah menyerah di Balai Trafik Port Dickson petang semalam (13 Disember).

Kredit: Utusan Malaysia

Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata pemandu berusia 34 tahun itu telah hadir ke balai polis untuk membantu siasatan.

Lelaki berkenaan hadir setelah video rakaman beliau memandu di lorong kecemasan telah ditularkan di media sosial.

Ketua Polis Daerah Port  Dickson Superintenden Aidi Sham Mohamed menerusi Utusan.

Aidi Sham turut menjelaskan bahawa sembilan pemilik kenderaan lain turut dikesan menggunakan lorong kecemasan untuk memotong barisan namun masih belum tampil menyerah diri selepas video berdurasi 43 saat itu tular.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan /Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd