[Video] Tular Lori Tangki Guna Lorong Kecemasan, Pemandu Kini Diburu Polis
Pihak polis daerah Port Dickson meminta pemandu atau pemilik kenderaan berkenaan hadir ke Balai Trafik Port Dickson untuk siasatan lanjut.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Pemandu dan pengguna jalan raya pasti mengetahui bahawa lorong kecemasan dicipta khas untuk laluan bagi kenderaan yang rosak, atau apa-apa situasi kecemasan yang tak dapat dielakkan.
Contohnya, ketika jalan raya sesak dengan kereta tak bergerak akibat kemalangan di hadapan, ambulans atau pihak berkuasa lain akan menggunakan lorong kecemasan untuk ke tempat kejadian.
Jadi, tolong jangan halang lalu lintas di lorong tersebut.

(Kredit: Paultan)
Lori tangki guna laluan kecemasan
Satu kejadian di Port Dickson, Seremban telah tular menerusi sebuah video yang menunjukkan sebuah lari tangki memotong barisan dengan menggunakan lorong kecemasan.
Video tular kejadian itu telah dirakamkan menerusi dashcam sebuah lori lain yang pada ketika itu tersangkut dalam kesesakan lalu lintas yang sama.
Lorong kecemasan pun abang lori tangki sebat. Buat hal betul.
Komen warganet.
Lori sebesar itu pun nak guna lorong kecemasan ke?
Polis berjaya kesan nama syarikat lori tangki terbabit
Memetik laporan, Ketua Polis Daerah Port Dickson Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata kejadian dipercayai berlaku pada Sabtu (11 Disember) di Kilometer 27-28 Lebuh Raya Seremban Port Dickson.
Lori tangki itu dari arah Seremban ke Port Dickson dan semasa kejadian keadaan di lebuh raya sesak dengan kenderaan. Pihak polis telah mengesan lori tangki tersebut yang menggunakan nombor pendaftaran CEL 5916 yang didaftarkan atas nama sebuah syarikat pengangkutan beralamat di Bukit Raja, Shah Alam di Selangor.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Port Dickson Superitendan Aidi Sham Mohamed menerusi Kosmo.
Mengulas lanjut, Aidi Sham menjelaskan pihaknya meminta pemandu atau pemilik kenderaan berkenaan hadir ke Balai Trafik Port Dickson untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan/Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.



