Now Reading
[Video] Netizen Bengang Rider Makanan Sanggup Curi Parcel Senyap-senyap

[Video] Netizen Bengang Rider Makanan Sanggup Curi Parcel Senyap-senyap

Aksi penghantar makanan didakwa mencuri barang berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Semalam (12 Disember), tular satu video yang dimuat naik di laman Facebook DashCam Malaysia melibatkan seorang penghantar makanan dan juga penghantar barang.

Dalam video tersebut, kedua-duanya menuju ke lokasi rumah yang sama untuk menghantar pesanan makanan dan juga bungkusan barang.

Namun, selepas selesai menmberi bungkusan makanan kepada pelanggan, lelaki berkenaan dilihat duduk berdekatan dengan motosikal milik pekerja sebuah syarikat penghantaran.

Sambil memandang ke arah sekelilingnya, lelaki tersebut didakwa mencuri bungkusan daripada motosikal penghantar bungkusan barang.

Beberapa saat kemudian, lelaki itu terus meninggalkan kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, lokasi kejadian tidak dapat dikenal pasti.

Aksi tersebut berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berdekatan.

Netizen kecewa ada rider yang pentingkan diri

Di ruangan komen video tersebut, kebanyakan netizen tidak berpuas hati dengan sikap penghantar makanan itu meskipun masing-masing mengetahui keperitan bekerja sebagai penghantar barang mahupun makanan.

Segelintir netizen turut berasa kasihan kepada penghantar barang itu kerana dia boleh dikenakan denda oleh syarikat dan pelanggan kerana menyebabkan bungkusan barang hilang semasa proses penghantaran.

Kredit: Facebook DashCam Malaysia
Kredit: Facebook DashCam Malaysia
Kredit: Facebook DashCam Malaysia

Cara untuk buat aduan jika barang hilang atau rosak

Pelanggan boleh membuat tuntutan kepada pihak syarikat penghantaran sekiranya terdapat masalah dengan bungkusan barang seperti hilang ataupun rosak. Berikut adalah prosedurnya:

  • Buat aduan dalam tempoh 48 jam.
  • Dapatkan pengesahan bertulis daripada pihak penghantar untuk memulakan tuntutan.
  • Isi borang tuntutan ganti rugi dan sertakan sekali bukti pembayaran dari penyata bank, salinan kad pengenalan dan resit penghantaran.
  • Tunjukkan bukti gambar barang rosak serta barang dibungkus dengan elok.
  • Tangkap gambar bukti kotak, bubble wrap dan bukti barang pecah dari dalam kotak dan atas sebab kecuaian.

Untuk barang yang hilang pula, anda boleh berikan maklumat seperti Order ID dan nombor tracking sahaja.

Selepas selesai segala bukti sudah mencukupi, aduan boleh dibuat melalui talian hotline 24 jam.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd