Mr. DIY Malaysia Buka Cawangan Pertama Di Eropah
Mr. DIY mula membuka kedai pertama di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada Julai 2005.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Rakyat Malaysia kini mempunyai lebih banyak sebab untuk melawat Turki, negara indah yang merangkumi kedua-dua Asia dan Eropah.
Jenama tempatan Malaysia Mr. DIY – disebut-sebut sebagai yang terbesar di Asia Tenggara baru-baru ini membuka kedai pertamanya di Turki dengan pasaran melebihi 84.34 juta penduduk.
Ini merupakan satu berita baik terutamanya bagi rakyat Malaysia yang suka melihat jenama tempatan berkembang di luar negara.
BACA JUGA: Malaysian Students Find Myvi In Scotland, Are Cured Of Homesickness

(Kredit: Fernando Fong)
Cawangan Mr DIY terletak di bandar eksotik Istanbul yang menjadi ‘syurga’ buat pembeli.
Kedutaan Turki di Malaysia turut mengucapkan tahniah di atas pembukaan cawangan Mr. DIY ini.
Kami mendoakan MR. DIY akan terus berjaya dengan pembukaan kedai pertama mereka di İstanbul.
Kedutaan Turki di Kuala Lumpur.

(Kredit: Fernando Fong)
Pada Oktober tahun lepas, syarikat itu menambah pautan terus untuk Mr. DIY Turkey di laman web asal mereka.
Turki ialah pasaran kesembilan syarikat itu dan kedua di luar Asia Tenggara.
Mr. DIY juga mempunyai cawangan di Thailand, Brunei, Indonesia, Singapura, Filipina, Kemboja dan India.
A Humble Beginning

(Kredit: Mr DIY)
Mr. DIY mula membuka kedai pertama di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada Julai 2005.
Kesemua kedai Mr. DIY diuruskan secara langsung dan dengan kerjasama peruncit besar dan pemilik pusat beli-belah – beroperasi sebagai penyewa utama mini di Lotus’s, Giant, AEON dan AEON BIG.
Mr. DIY menawarkan purata 18,000 jenis produk dalam pelbagai kategori — Perkakasan, Isi Rumah, Elektrik, Perabot, Aksesori Kereta, Alat Tulis & Sukan, Mainan, Hadiah, Aksesori Komputer & Mudah Alih, dan Barang Kemas dan Kosmetik.
Mr. DIY juga menawarkan pelbagai jenis produk pada harga serendah RM2 atau RM5 di bawah sub-jenamanya Mr. DOLLAR.
Satu lagi sub-jenama, Mr. TOY – menawarkan pelbagai jenis mainan yang menyeronokkan pada harga yang berpatutan.

(Kredit: KLSE Screener)
Pada Oktober 2020, Mr. DIY membuat penampilan sulungnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad.
Mr. DIY adalah penyenaraian terbesar di bursa Malaysia pada tahun itu.
Berdasarkan harga terbitan RM1.60 per saham pada masa itu, MR DIY dinilai pada permodalan pasaran RM10 bilion.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.