Pelanggan Terkejut Bil Makan Di Restoran Salt Bae Cecah RM210,000. Cekik Darah!
Tapi bila tengok balik bil tu, minuman beralkohol sahaja dah berjumlah £30,620 (RM174,474). Hmm.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Untuk pengetahuan umum, chef selebriti terkenal dari Turki iaitu Salt Bae baru sahaja membuah sebuah restoran di Kota London, United Kingdom pada bulan lalu.
Terkenal sebagai restoran stik gaya mewah – Nusr-Et Steakhouse yang dibuka di hotel mewah, Park Tower hotel di Knightsbridge, London itu kini hangat menjadi topik perbualan ramai ekoran dari harganya yang disifatkan melampau.
Atau pendek kata, CEKIK DARAH.
Bil makan cecah £37,023 (RM210,000)?
Tinjauan di media sosial mendapati bukti bil yang semakin tular itu turut mengejutkan orang ramai kerana jumlahnya dikatakan boleh membeli sebuah rumah mahupun kereta mewah dengan bayaran tunai.
Sebagai contoh – semangkuk salad dijual pada harga £23 (RM131), satu hidangan jagung manis berharga £12 (RM68) dan satu tin air Coca-Cola, £9 (RM58).
Resit tersebut menunjukkan antara menu yang ditempah pelanggan itu termasuk stik ‘golden tomahawk‘ berharga £850 (RM4,841), 16 ketul baklava berharga £400 (RM2,279) dan tiga pinggan kentang goreng berharga £30 (RM171).
Selain itu, pelanggan tersebut juga menempah sejumlah hidangan sayuran bernilai 12 hingga £18 (RM68 hingga RM102) termasuk cendawan dan brokoli.
Selebihnya adalah minuman beralkohol yang berjumlah £30,620 (RM174,474).
Mungkin alkohol yang menyebabkan bil jadi melambung?
Sedap tapi tak berbaloi
Menurut laporan, walaupun ramai menyifatkan hidangan di restoran itu sedap, namun masih tidak berbaloi dengan harga yang terlampau mahal.
Tapi ada juga yang berpendapat sebaliknya. Maklumlah, lain orang, lain citarasa dan kemampuan
Untuk rekod, restoran itu kini didakwa telah memadam semua komen negatif yang dimaklumkan pelanggan mengenai kualiti dan rasa hidangan yang disediakan.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.