[Tips] Cara Untuk Kira Berapa Jumlah Duit Yang Dah ‘Lesap’ Di Shopee
Shopping sampai tak ingat dunia, bila kena check berapa jumlah perbelanjaan di Shopee, baru terkejut!
![](https://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2022/06/278822478_5031770150194000_5087641764010675999_n-90x90.jpeg)
![](https://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2021/10/shopee.jpg)
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
SHOPEE! *jingle.
Tempat paling berhantu sekali. Mula-mula nak cari rak letak pinggan di rumah sahaja, nampak pula posting barangan lain yang jauh lebih murah berbanding di kedai lain.
Alamak aih, terbeli pula.
Kalau tengok cart, penuh barangan yang masih di KIV. Bila nak check-out?
Selalunya akhir bulan, waktu gaji masuk – terus fikir Shopee dan check-out sebanyak boleh barangan yang telah dipilih.
Tapi pernah terfikir tak berapa jumlah perbelanjaan yang dah digunakan di aplikasi berhantu ini?
![](https://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2021/04/shopee-header-1024x676.jpeg)
Ha, seram bila fikir balik berapa banyak barangan yang dibeli dari Shopee dan berapa jumlah sebenar yang telah dibelanjakan.
Cara kira jumlah perbelanjaan di Shopee
Seorang pengguna Twitter @faizedzahar melalui satu rangkaian tweets baru-baru ini telah memberi tips berguna untuk orang ramai gunakan jika ingin mengetahui jumlah perbelanjaan yang telah digunakan di aplikasi Shopee ini.
Tapi, paling mengejutkan – tuan badan dah habis lebih RM35,000!
Beli apalah agaknya.
Aku terjumpa 1 tools yang molek untuk tahu berapa RM kita dah spend kat Shopee.
— FE (@faizedzahar) October 6, 2021
Jumlah aku dah belanja sebanyak RM35902.78. Banyak gila!
Siapa nak kira belanja Shopee dia, mari aku ajar dalam thread.
Ikuti langkah mudah di bawah untuk cara-caranya:
Pergi ke https://t.co/edrBgjhn8B
— FE (@faizedzahar) October 6, 2021
Klik butang copy yang aku highlight dalam shot. pic.twitter.com/ceVD0LVNhP
Login Shopee (https://t.co/8HDKay18Gc) pakai desktop.
— FE (@faizedzahar) October 6, 2021
Right click > Inspect element > Console > Paste code > Hit enter > Code akan run.
Dapat jumlah berapa kita dah belanja kat Shopee.
Ini video siapa tak faham screenshot; https://t.co/634TNP5uMg pic.twitter.com/RLsHzCMkdx
Ada juga yang bertanyakan, tak bahaya ke?
Ini penjelasannya.
Ada yang tanya secure ke? Takde injector ke?
— FE (@faizedzahar) October 6, 2021
Tak bahaya sebab ini tarik daripada API Shopee sendiri.
Ini pembangun skrip. https://t.co/vy32yOTs6T
Kalau rasa perbelanjaan dah melebihi bajet tahunan, dah boleh berhenti kot.
Simpan duit pula, okay? 😀
BACA JUGA: Bina Home-Gym Dengan Bajet RM1,300 Dari Shopee. Berbaloi & Jimat!
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
![](https://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2022/06/278822478_5031770150194000_5087641764010675999_n-180x180.jpeg)
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.