Now Reading
Pasangan Tak Lengkap Vaksin Buat ‘Social Experiment’ Kini Ditahan Polis

Pasangan Tak Lengkap Vaksin Buat ‘Social Experiment’ Kini Ditahan Polis

Pasangan suami isteri berusia 35 dan 36 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Bandar Putera 2, Klang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Beberapa hari ini, media sosial telah kecoh dengan satu isu di mana seorang wanita dikatakan telah melakukan ‘social experiment’ dan dilihat telah menyebarkan sendiri cerita bahawa dia dan keluarga telah keluar dine-in di restoran walaupun masih belum menerima vaksinasi lengkap.

BACA SINI: Pasangan Buat ‘Social Experiment’ Dine-In, Potong Rambut Tanpa Vaksin Lengkap

Wanita ini tanpa segan silu membuat pengakuan masih belum melengkapi dos suntikan vaksin yang kedua tapi berjaya dine-in serta masuk ke premis perniagaan tanpa diperiksa.

Dia seolah-olah bangga dengan kesalahan yang dilakukan.

Akhirnya kecundang

Memetik laporan Sinar Harian, pihak polis dikatakan telah menahan pasangan suami isteri terbabit bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata pasangan suami isteri berusia 35 dan 36 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Bandar Putera 2, Klang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 269, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia.

Pihak polis turut menasihati orang ramai agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam menjalani kehidupan harian sebagai usaha bersama untuk membendung penularan wabak Covid-19.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd