Now Reading
[Video] Shuib Muat Naik Lagu Terakhir Dinyanyikan Siti Sarah Undang Sebak

[Video] Shuib Muat Naik Lagu Terakhir Dinyanyikan Siti Sarah Undang Sebak

Cara penyampaian yang begitu mendalam sehingga membuatkan netizen turut sebak apabila mengingati arwah Siti Sarah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, pada 9 Ogos lalu rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan berita dukacita di atas pemergian seorang insan yang disayangi ramai iaitu Siti Sarah Raissuddin.

Arwah telah meninggal dunia di umur 37 tahun, meninggalkan 4 orang anak dan suami tercinta, Shuib.

Siti Sarah dikatakan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) selepas tahap oksigennya menurun.

BACA SINI: Kenali Siti Sarah Raisuddin: Pemergian Yang Beri Kesan Kepada Orang Ramai

Sungguh, tak dapat dibayangkan bagaimana rasanya berada di tempat Shuib pada ketika ini untuk melalui hari-hari tanpa isteri tercinta.

But, life goes on.

Kami harap Shuib sentiasa kuat dengan adanya anak-anak dan keluarga tercinta di sisi.

Lagu terakhir dinyanyikan arwah pada 28 Julai 2021

Pengubat rindu.

Shuib baru-baru ini telah memuat naik satu klip video penuh nyanyian bidadarinya buat kali terakhir yang berjudul ‘Tanpa Kekasihku’ di akaun YouTube miliknya.

Nyanyian tersebut direkod pada 28 Julai 2021 – beberapa hari sebelum arwah menghembuskan nafas terakhirnya.

Arwah dilihat benar-benar menjiwai lagu yang dinyanyikan.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah berjaya meraih lebih 253,788 tontonan di YouTube.

Assalammualaikum semua,,Sengaja sy kongsikan video ni sbb sy takut video ni hilang dr simpanan sy.Jadi sy abadikan didalam Channel ini.Ini lagu terakhir nyanyian Arwah pd 28 Julai 2021.Arwah yg beria2 mintak sy record dia menyanyi,ternyata semasa sy record video ini,sy merasakan “satu perasaan yg sgt2 lain” cara pandangannya,cara nyanyiannya,cara arwah luahkan hati dan perasaan ketika menyanyikan lagu tersangat2 Istimewa…Bila di amati bait lirik,Ternyata ada “Sesuatu” arwah cuba sampaikan…InsyaAllah arwah kini tenang di syurga,,,TERUSKAN LAH MENDOAKAN ARWAH,JIKA RINDU,SEDEKAHKAN ALFATIHAH YA,,Semoga kita dpt kebaikan dunia dan akhirat. Amin.

Shuib.

Netizen sebak

Lirik lagu ini ternyata seolah-olah memberikan gambaran yang tepat bagi apa yang bakal berlaku beberapa hari selepas direkodkan.

Cara penyampaian yang begitu mendalam sehingga membuatkan netizen turut sebak apabila mengingati arwah Siti Sarah.

Meremang bila dengar. Tambah pula kalau menghayati lagu dan lirik, memang sebak teramat.

🙁


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd