Now Reading
[Video] Bukan Edit, Emirates Keluar Video ‘On Top Of The World’. (Literally!)

[Video] Bukan Edit, Emirates Keluar Video ‘On Top Of The World’. (Literally!)

Rasanya Emirates pecah rekod advertisement ‘tertinggi’ di dunia. Terbaik!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Salah satu syarikat penerbangan terbesar iaitu Emirates yang berpengkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai baru-baru ini telah mengeluarkan satu video bertajuk ‘We’re On Top Of The World’ di laman sosial milik syarikat tersebut.

Video tersebut mencetuskan ‘kekecohan’ di media sosial kerana segelintir warganet pada mulanya menganggap video tersebut adalah palsu.

Dalam erti kata lain, FAKE. Mungkin edit?

Video tersebut memaparkan seorang wanita berpakaian seragam anak kapal Emirates dan memegang kadbod sambil berdiri di atas bangunan tertinggi di Dubai, Burj Khalifa.

Ketaq lutut oi!

Namun, setelah beberapa hari di muat naik di laman sosial Emirates, syarikat tersebut menerima beberapa soalan yang dilontarkan oleh warganet yang bermain teka-teki sama ada ianya betul atau sebaliknya.

Rupa-rupanya, we’re on top of the world itu LITERALLY ON TOP OF THE WORLD ya.

Bukan edit, bukan palsu.

Kalau tak percaya, boleh tengok video Behind The Scene (BTS) ini. Fuh, lain macam advertisement Emirates kali ini.

Berdiri bulu roma tengok.

Setakat ini, video advertisement paling ‘tinggi’ rasanya dikeluarkan oleh Emirates. Terbaiklah!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd