Now Reading
Rakyat Malaysia Boleh Daftar Jadi Sukarelawan Olimpik Paris 2024

Rakyat Malaysia Boleh Daftar Jadi Sukarelawan Olimpik Paris 2024

Kalau ada yang berminat nak jadi sukarelawan Olimpik Paris 2024, jangan lupa bookmark portal pengambilan awal-awal.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


PARIS 2024!

Seperti yang kita tahu, keputusan di temasya Olimpik Tokyo 2020 akan menjadi penanda aras kepada permulaan perancangan untuk terus mengejar misi emas pertama di Paris 2024 nanti.

Oleh itu, tempoh tiga tahun ini perlu digunakan sebaik mungkin oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bersama-sama dengan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mengatur strategi dan perancangan terbaik bagi merealisasikan impian emas.

Kredit: Medium

Memetik laporan Harian Metro, Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata berdasarkan keputusan di Olimpik Tokyo 2020, sudah boleh dilihat kebangkitan atlet muda yang boleh menjadi penanda aras persediaan untuk Paris 2024.

Kita ada atlet muda seperti Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik (badminton), Syaqiera Mashayikh (memanah), Azreen Nabila Alias (olahraga) bersama kombinasi atlet senior seperti Datuk Azizulhasni Awang, Pandelela Rinong yang memaklumkan akan terus beraksi di Olimpik. Tiga tahun saja lagi untuk ke Paris. Persiapan perlu di mula dari sekarang. Kita akan terus cuba untuk mendapatkan emas pertama. Saya harap ia dapat direalisasikan di Paris 2024 nanti.

Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, melalui Harian Metro.

Untuk pengetahuan anda, Malaysia telah menutup perjuangan di Olimpik Tokyo 2020 dengan memungut satu pingat perak dan satu gangsa, sekali gus mengulangi pencapaian dilakar di Atlanta 1996 dan London 2012.

Ia mengulangi pencapaian kedua terbaik kontinjen di Olimpik selepas lima tahun lalu meraih empat perak dan satu gangsa di Rio 2016.

Syabas, Malaysia!

Rakyat Malaysia boleh daftar menjadi sukarelawan Olimpik Paris 2024

Kredit: www.paris2024.org

Pendaftaran sebagai sukarelawan akan mulai dibuka di portal pengambilan pada awal tahun 2023 dan pengambilan sukarelawan adalah sehingga 50,000 orang.

Ciri-ciri sukarelawan yang diperlukan:

  • Berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Terbuka untuk permohonan dari seluruh dunia.

Tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh sukarelawan:

  • Menguruskan tempat penginapan dan akreditasi.
  • Menguruskan ketibaan, perlepasan di stesen kereta api dan lapangan terbang.
  • Menguruskan aliran penonton.
  • Menyediakan pertolongan alih bahasa.
  • Membantu menguruskan acara dan lain-lain.

Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh klik di sini.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd